Friday 9 March 2012

balik KG lagi.. suka suka

sumber google
assalamualaikum semua
insyaallah malam nie kami bertiga akan balik ke kg menziarahi nenda hubby yang kurang sihat. doakan kami selamat sampai yer..so dah alang-alang balik kami misi mencari makanan kelate haruslah berjalan sama hikhikhik.

Tuesday 6 March 2012

steamboat in da house

assalamualaikum semua

fuhh banyak entri yang tertunggakkan?bukan aper sekarang tengok lappy lama2 sangat dah tak boleh asyik asa pening jer kalu dah pening mula la asa penat tapi arini rasa mcm kuat skit so gagahkan diri nak sapu2 skit sawang kat blog terchenta neh...fuhh banyak sangat habuk nyer.

pagi neie nak cite pasal episod teringin kami, semalam dalam kul 1 hubby tepon n ajak teman dia p hantar barang-barang keje dia,so sy aper lagi laju-laju jer siap sebab nak berjalankan.mula -mula p damansara lepas patah balik pergi pejabat pos PJ amik barang, selesai amik barang kat sana kami berdesup terus ke mid valley sbb en.suami nak hantar dokumen kat JKR. so sementara tunggu en.suami selesai kan kerja dia saya diberi keizinan untuk ukur mall sowang2 dengan syarat jangan pegi jauh-jauh( aloh mengalah budak tadika pesanan dio hikhik). tp ukur mall sowang2 xbesh la sbb dah biasa ada yang sebelah yang akan pot pet pot pet nie kita jln sowang so rasa lemau,2 tingkat jer sy pusing lepas tu dah rasa letih. dalam sejam duk pusiing en.suami tepon tanya kat mana dengar suara kalut2,rupanya hampir 15min dia tepon n cari saya tak jumpa tepon tak dapat,text tak masuk dia igt saya p mana.hahhaahaha. line xdop kanda,dinda jalan-jalan dekat jer.hikhik
lepas dah jumpa n kene soal oleh en.suami pegi mana n pusing mana(risau bebenor),kami cari port nak makan  tempatnya hubby suh saya yang pilih tapi tekak nie asa nak makan buah jer,hihu. macam2 idea en.suami bagi,dari dominos- pizza-mcd-sushi king & finally saya cakap ok let go to laksa shake sbb mood skrg nasi kureng..tp malangnya laksa shake xder kat mid valley hhuhuhuhu kempunan. kami keluar dari mid valley berbekalkan sepotong honeydew untuk dikongsi.hahhahaha .

dalam kereta dua2 duk cakap beshnyer kalu dapat makan steamboat cameron,hihihii amek ko jauh bebenor tu nak p mkan so en.suami ckp apa kata kita buat sendiri jer steamboat,so saya on jer walau 1st time nak buat tapi senang jer benda lah ni nak buat asalkan sup nya besh..so setelah segala talian hayat dihubungi maka terjadilah steamboat kami

bahan2 utama seafood febret my hubby

nie saya punya tp bukan semua la...
hahha disebabkan kami tidak menggunakan periuk steamboat so pict sup yang menggelagak itu tidak di ambil hihihi.hubby saya kata sedap sangat asa macam yang kat cameron,hihu. bertambah-bertambah dia makan n terus cakap puas hati & next time nak suh buat lagi. 'wink wink',

oke ini ada cara untuk buat sup dia,tp asanya korang lagi pandai kan.xperlah nak share gak hihu
1.amek ayam bahagian tulang
2. halia 1 inc dketuk
3. 1 kiub ayam
4. sos tiram 1 1/2 sudu besar
5. minyak sayur dlm 4 sudu 
6. garam secukup rasa
7. 5l air
*semua bahan tadi dicampur dan direneh dengan api yang perlahan ok tunggu sehingga mendidih n nanti leh la campur sedikit demi sedikit bahan-bahan diatas td. 

-selamat mencuba resipi mudah ini-


Monday 5 March 2012

Doakan Kami

assalamualaikum semua


ada berita gembira yang nak disampaikan buat semua,asa dah tiba masanya n berita 
gembira ini patut dikongsi buat semua..perkhabaran dengan bakalnya hadir penyambung 
kasih sayang antara kami pada september nanti.sekarang kandungan baru masuk 12weeks.
doakan kami semua selamat sehingga detik itu. orang yang tak putus-putus senyum adalah en.suami  n saya tau dia lama menunggu berita itu n kami dapat tau berita gembira ini pun
 dalam 2 minggu sebelum ulangtahun perkahwinan kami. sesungguhnya DIA Maha Mendengar. kiranya inilah hadiah ulangtahun kami yang amat bermakna kurniaNYA. 
alhamdulillah atas kurnian-MU ini



Monday 13 February 2012

simple celebration for our 1st anniversary

assalamualaikum



cepatkan masa berlalu tup tup dah setahun kami bergelar suami  isteri

alhamdulillah atas nikmat kebahagian & rezeki yang tidak putus-putus dalam kehidupan kami.
walau apa jua ujian & dugaan utk kami sepanjang merencanakan kehidupan berkeluarga,sy berharap agar kami kuat & tabah untuk melaluinya.ameen

so sebagai membayar hutang tidak berada disisi en.suami semasa tarikh ulangtahun kami pada 3 FEb yang lalu (masa tu sy kat kg) sy kuatkan hati utk masak something speacial for him... fikir punya fikir apa hidangan yang simple tp nmpak berbeza skit pada hari-hari lain sy masak so sy decide nak buat Nasi Ayam,hikhik. ni  kiranya1st time sy buat nasi ayam sepanjang hidup sy,even my mom pun xpernah rasa nasi ayam air tangan saya lagi. 1st trial agak menjadi walau masak dalam mengah,buat kejap berhenti pastu sambung balik tp dalam hati sy bangga sbb dpt masak sendiri utk hari istimewa dalam hidup kami.tambah lg sekarang sy masak berdua walau terasa penat but we do it very well!!!betul kan sayang :) so kita layan gambar
sup ayam & sos cili nyer
(abaikan teknik gmabar yg kurang sempurna)


ayam madu berempah + hiasanan nyeer :)



puding karamel menggantikan kek

hihihi orang lain celebrate aper2 mesti ada kek tapi saya bantai puding karamel sbb nak semua dari air tangan saya kan,kek nak buat xsempat tambah lg kurang expert so gantikan ngan puding karamel pun kira jadikan.

okla sampai cni dulu yerks,doakan kebahagian kami berkekalan hingga ke hujung nyawa. untuk en.suami terima kasih untuk semua...




Friday 10 February 2012

lamakan saya cuti

assalamualaikum semua..


mesti ada yang rindukan? hikhik hado ker... banyak yang nak dikongsi sempena lamanya saya menghilangkan diri tp menghilang bukan kemana pun sy pulang ke kampung menemani bonda sementelah plak kontrak kerja saya tamat.so bila difikir-fikir dan dengan izin en.suami tersayang saya pulang ke kampung. ada perkhabaran gembira untuk di kongsi n kisah-kisah cerita sepanjang saya di kampung nanti saya ceritakan semula.. tgh mengumpul semangat untuk menulis & lagi satu mood mencari kerja tengah bersarang dalam hati so saya dahulu yang itu dulu nanti sambil2 tu saya catitkan kisah2 saya disini hokeh..almaklumlah dari lepas jer belajar dulu saya terus bekerja sekarang bila tak kerja rasa bosan n ilmu di dada pun rasa macam kurang.

ok sampai sini dulu la yerk, nanti jumpa lg. si tecil kat dalam nie dah lapo, mamam time

Wednesday 18 January 2012

HAppy Besday mama





oke hari ini besday mama tersayang, tiada kata yang mampu di ucapkan atas setiap jasa & pengorbanan mama. menjadi ketua keluarga selepas ketiadaan papa.sesungguh saya kagum dengan setiap pengorbanan dan perjuangannya. mama akan selalu ada tika kami susah / senang,kata-kata semangat tak akan pernah putus dari bibirnya memberikan sokong buat kami.terima kasih ma,untuk segala-galanya.

Sunday 8 January 2012

Tahun Baru @cameron highlands II

lokasi kejadian @ Hotel rosa passadena
Event : Candle Light Dinner 
Menu: Steamboat
master chef,hikhik
periuk steambot nyer

bahan---main dish yang nak dimasukkan kedalam sup,sebenarnya hidangan ini boleh makan dalam 4 orang tapi kami bantai makan berdua sampaikan mengah nak habiskan RM 50 bagi 2 set bagi saya berbaloi
 
eceeeeh, lastly sila jangan muntah hokeh.wajah kekenyangan kami.
thanks a lot BY belanja makan steamboat ,bawak jalan-jalan & segalanya

Friday 6 January 2012

Tahun Baru @cameron highlands

assalamualaikum semua


kali nie saya nak bercerita pasal percutian kami sempena tahun baru aritu,disebabkan BY dapt cuti extra 1 hari so kami decide mau pergi bercuti2. tempat yang nak pergi mmg banyak...sbb dalam hati saya mahu ke P.Pinang tp en.suami cakap better kita pergi Cameron Highland sempena ulangtahun perkahwinan kami yang bakal tiba, so ini dikira advance celebration la  yerks BY...tempat pertama kali kami pergi selepas sah bergelar suami isteri. okey jom kita layan gambar jer hokeh




sbb kami dari arah Simpang Pulai so harus amik landmark ini...separuh pun jadi lah baru perasaan 
so cepat2 capai kamera ada kete plaK kat belakang so xsempat nak berhenti untuk take proper Pict,
nevermind itu tanda harus pergi lagi yerk BY 


hah nilah hotel tempat kami booking dimasa kejadian ,HoteL RAinbow sangat setia tau kami. kali pertama pergi pun kami sewa hotel ni gak,so selepas tgk dia punya segala kemudahan yang oke dah kedai makan pun sekeliling kawasan tu jer tambahan pulak kalu nak p pasar malam jalan kaki pun dekat.
sesampai nya kami lepas check in hotel kami terus menuju ke ladang teh dekat tanah rata,ini juga lawatan ke 2 kami .haritu datang kami tak turun sbb dah penat just singgah minum Tea  & makan Cheese cake jer tapi kali nie kami gagah kan hati untuk turun gak walau keadaan tanah agak licin sbb cuaca hujan..Abaikan gaya saya yang macam GAYA HANTU tu okeh,(BY yang cakap,huh tapi hantu manis kan BY)





hihikhik reason kuat nak turn gaks salah satu yer sbb nampak waterfall,sangat cantik dari kejauhan. lagi-lagi  dengar air yang mengalir itu cukup membuat hati memberontak nak turun so walau hujan kami turun gaks
dah turun aper lagi main air lah,dah dapat permission saya pun tanpa banyak cakap terus  turun..air dia tersangat-sangat sejuk,sampaikan rasa nak mandi & duduk dalam air tu tapi sadisnya tak bawak seluar lain.hukhuk.






Destinasi ke 2kami ke sini  plak,uishhh ada model encem la plak.hikhikhik..okay tujuan utama ke sini sebab nak makan aiskrim strawberry Malaysia, yang sangat sedap yummmmm yummm yummm.tp emmm sampai jerk parking penuh so kami kene parking jauh skit la, xper lah asal dapat makan aiskrim nya cukup,siap beli extra lagi untuk makan kat hotel..tempat nie sebelah dengan Rumah Persekutuan. 





























yang kat atas ni ada beberapa pict yang di ambil,saya budak baru belajar so cara tangkapan tu sedikit  tidak nampak seninya lagi.  






oklah setakat ni dulu yerk,nanti i cite pasal candle light dinner kami plaks......
will be continue,taddaaaaaa


Wednesday 4 January 2012

Monday 2 January 2012

rindunya

assalamualaikum


oichhhh 3 hari saya tak menjengah blog tercinta...rindu nak bercerita sebenarnya tapi akan di UPDATED kemudian yerk..baru balik dari tempat sejuk,penat berjalan masih tersisa nanti i cite kemudian yerks.gambar pun belum transfer lagi...oke mata dah layu,selamat malam semua