Wednesday 30 November 2011

Tuesday 29 November 2011

ENTRI KHAS: it's time to say goodbye

assalamualaikum

Hari ke-3 ditahun baru,sungguh cepatkan masa berlalu... sudah masanya dikau pergi...bukan mudah untuk kami lepaskannya,berbulan-bulan memikirkan dari sudut positif & negatif nya. bukan tidak sayang tapi cukuplah sampai disini.segala jasa, khidmat dan kenangan bakal terhenti hanya untuk beberapa jam lagi.

Bagi empunya dirimu ,kesedihan amat dirasai. melepaskan @ terus bersama mu. betapa berat empunya dirimu mau melepaskan mu tapi empunya dirimu terpaksa membuat keputusan ini.Bak kata empunya dirimu, "hari ini hari terakhir, cukuplah utk segala jasa selama 4 tahun di kau bersama ku. setelah sama-sama mengharungi segala susah payah,pernah tertonggeng2 bersama, sama2 balik kg,sama2 melalui suka & duka" TERIMA KASIH.

selamat tinggal n be good with tuan baru ok







ps:By jgn sedey2 yyerk,perpisahan utk penggantian.insyallah


Sunday 27 November 2011

pagi ditahun baru

assalamualaikum


selamat tahun baru hijrah utk semua,pagi yang cukup indah dalam hidup saya.dikelilingi orang2 tersayang sebaik saja buka mata.tapi semalam sy kerugian tak sempat join sama dlm baca doa awl & akhir tahun,satu kekesalan disitu mcm mana sy boleh lalai dengan benda macam tu.

misi di tahun lalu belum kesampian untk mencari kerja tetap,tp xper usaha akan diteruskan lg.sy tahu rezeki DIA amat luas dan sy tahu ada bahagian sy utk rezeki itu.kedua harap tahun nie gak rezeki kami murah untuk mendapatkan zuriat.ameen

mengharapkan keredhaan & keberkataan dariNYA

Friday 25 November 2011

masanya sudah tiba

assalamualaikum

pagi jumaat yg penuh keberkatan..hari yg amat dinanti-nantikan,  masa jejari comel ini tgh menari-nari girang.my mom actually dah kat airport KB,penerbangan jam 915 am & yg pasti ketibaan mama nanti akan disambut oleh askar2 dengkil n si comel princess dengkil.

lg la heaven bila minggu nie cuti sampai ari isnin sempena Awal muharam,so bleh la cuti2 malaysia minggu nie.nak pergi mana yer,bleh bwk mama jalan-jalan sama..oke selamat berhujung minggu buat semua,buangkan segala bebanan kerja buat sementara waktu okeh luang masa yang berkualiti bersama keluarga anda.bye bye


Thursday 24 November 2011

pencarian bermula

 assalamualaikum
Rumah kecil tiangnya seribu
Rumah besar tiangnya sebatang
mencari rumah idaman?...yer itu misi kami bagi 2012.akan gigih usaha untuk mencari kediaman yg lebih stabil,besar @ kecik bukan persoalan.asalkan ianya memenuhi kemampuan kami (budget big bos),tak jauh dr tempat keje n keadaan persekitaran yg yg kurang kadar sosialnya(utk besarkan anak2,hahha .tp sorang pun blum ada lg),dkt ngan sekolah n byk kemudahan awam.haha gile kentang ciri2 kalu semua tu ada haruslah mahal area tu..huh verangan lgi ko.

sekarang dah mula cari2...tp bg sy kalu single storey harus lah corner lot(demand ko,WAJIB) & kalu double storey xkisah lot kanan ker lot kiri ker,lot tengah ker mana2 pun xkisah...idea bergeliga tu tp sy tau my hubby lg banyak idea.hikhik.rumah idaman dia yg area umh sewa kami skrg dah dirembat org,tiap kali lalu mesti buat jeling manja kat umh tu.skrg plak tuan rumah tu tgh buat renovation lg lor ummmmmmmmmmmm, sabar BY bukan rezeki kita.kita cari lg.doakan misi kami berjaya yerr.

ps: berharap & berdoa moga kedua-dua impian tercapai

Tuesday 22 November 2011

falling in love again

assalamualaikum

apa kahabar semua?u olss ok tak arini....sy arini rasa sangat termotivasi, sejak -sejak saya dapat rasa ketenangan (entri lepas ada cite) sy dah banyak fikir positif and redha dengan perjalanan hidup saya, nikmatnya amatlah  berharga.alhamdulillah.

Dan pagi-pagi td bila ada masa lapang jap dr keje sy terbaca blog kak hannah (thank you yer) pasal cara kekalkan kemesraan dalam perkahwinan. Hati terasa bagai jatuh cinta dari hari pertama sy melihat en.suami.hihihi.walau usia perkahwinan masih lagi baru tp banyak pahit, manis,masam,masin, payau kami telah lalui. kami berkenalan sejak di bangku sekolah, satu sek,satu kelas tp berbeza kepintaran :))off course la yang lg pintar adalah en.suami bkn sya.muhahhaha. 

Perkenalan yang panjang tp tidak membawa kepada bibit percintaan, masing2 mengejar cita-cita. walau bisikan lamaran tersirat ada dalam setiap kali perbualan namun hati sy tetap mengatakan belum masanya lagi.sebab itulah janji sy pada diri sendiri,sebelum menerima org lain dalam hidup sy harus penuhi impian & syarat2 sy sendiri dulu. keputusan untuk berkahwin hanya mengambil masa  9 bulan dari lamaran percintaan dan kami terus mengikat tali pertunangan  dan seterusnya ke gerbang perkahwinan.

Walaupun perjalanan membina kelurga yang baru bermula,ada ketika tidak dapat menerima hakikat perlakuan,perangai n cara dia menyampaikan rasa sayang seperti yg kita impikan @ angan2kan tp itulah realiti alam perkahwinan. setiap jam, setiap minit, setiap saat , setiap hari, setiap minggu,setiap bulan diari kehidupan kita bersamanya.bagi saya setiap kali terasa kekecewaan sy akan igt perkara2 gembira yg kami pernah lalui & harungi bersama. Bagi saya ikatan perkahwinan bukan lah sesuatu yg membebankan tapi ianya adalah 1 perkongsian pembelajaran bagi kehidupan bersama....peringatan utk diri sendiri sama.






ps://berharap & berdoa moga perjalanan rumahtangga kami sentiasa dibawah keberkatanNYA dan berkekalan hingga ke akhir hayat

Monday 21 November 2011

setiap sedutan membawa padah

assalamualaikum

baca entri kat atas mesti dah ada yang faham kan,bagi mereka yang tegar semestinya slogan nie memang diketahuinya. sebenarnya sy sendiri tidak suka dengan segala jenis asap tidak kira lah asap kenderaan, asap pembakaran,asap kilang,asap rokok atau segala nama asap lagi.sebab segala asap nie boleh buat saya sakit kepala.nasib baik nasib baik en.suami  dah tak merokok sekarang,sebab berhenti pun sebab ianya adalah syarat utama untuk sy terima dia.hihihihi,bijakkn sy :)

sy tahu bukan senang nak berhenti merokok,melalui perhatian saya & pengalaman en.suami ,tiap petang dia akan mula rasa nak deman,suhu badan akan meningkat dan mood akan sedikit merudum. so sebagai yg tersayang sy selalu bagi bg semangat kat e.suami. ok lah tak payah nak ke laut sgt kat sini sy nak share sedikit info yg sy baca  dari Bahagian Pendidikan Kesihatan. jom baca utk perkongsian

(1.) Fakta Membimbangkan Akibat Merokok
  • 50% dari golongan lelaki di Malaysia adalah perokok.
  • Di Kuala Lumpur, nisbah antara perokok lelaki dan wanita di bawah umur 30 tahun adalah 5:1.
  • Kadar merokok dari golongan remaja dan wanita semakin meningkat.  25% dari pelajar sekolah berumur 15 tahun ke atas pernah mencuba merokok dan 70% dari kumpulan ini akan menjadi perokok apabila meninggalkan bangku sekolah.
  • 60-75% dari asap rokok akan disedut oleh orang yang tidak merokok.
  • Hanya 50% perokok akan dapat menjangkau umur 70 tahun.
  • Rakyat Malaysia membelanjakan RM1.5 bilion setiap tahun untuk membeli rokok. 

(2.)Mengapa harus berhenti merokok?
  • Merokok memberi keburukan kepada semua individu Ia tidak memberi kebaikan kerana:Merokok memberi kesan buruk kepada orang di sekeliling anda terutama ahli keluarga.
  • Ibu yang mengandung boleh melahirkan anak tidak cukup bulan, kurang berat badan atau mati selepas lahir.
      • Kanak-kanak yang terdedah kepada asap rokok boleh:
      • Sering sakit dengan mengalami batuk-batuk, selsema serta jangkitan telinga, hidung dan tekak.
      • Mengalami perkembangan paru-paru yang lemah.
      •  Mendapat asma.
      tengok apa ada dalam rokok,gile kuasa bahaya
      (3.)Apakah faedah yang diperolehi dengan berhenti merokok?
      • Panjang umur - Satu dari dua perokok akan mati lebih awal disebabkan penyakit berkaitan merokok. Merokok membunuh hampir 5 ribu rakyat Malaysia setiap tahun.
      • Mengelakkan dari bahan-bahan berbahaya - Asap rokok mengandungi hampir 4,000 bahan kimia dan 50 daripadanya boleh menyebabkan kanser.
      • Mencegah penyakit - Hampir 40 jenis penyakit yang berkait dengan merokok. Kanser paru-paru, sakit jantung, penyakit paru-paru yang kronik,strok dan ulser di bahagian lapisan kulit perut adalah antara penyakit-penyakit bahaya akibat tabiat merokok.
      • Kehidupan yang lebih sihat - Mereka yang tidak merokok kurang mendapat batuk, selsema dan lain-lain penyakit pernafasan berbanding dengan perokok.
      • Mencegah daripada mendatangkan keburukan kepada orang lain - apabila anda merokok, ia memberi kesan kepada orang di sekeliling anda, di mana asap rokok tersebut boleh mendatangkan serangan asma dan lain-lain penyakit berkaitan dengan pernafasan.
      • Menjadi contoh yang baik terutama untuk keluarga dan anak-anak.
      • Meningkatkan tahap kecergasan dan memiliki badan yang sihat.
      • Meningkatkan deria bau dan rasa.
      • Memiliki gigi yang putih dan nafas yang segar.
      • Rambut dan pakaian tidak berbau asap rokok.
      • Menjimatkan wang - Labur wang anda berbanding membeli rokok (RM5.00 sehari, pelaburan =RM 150.00 sebulan = RM 1800.00 setahun. Jika anda melabur untuk 10 tahun, anda sudah mempunyai RM18,000.00 dalam akaun simpanan anda).
      • Melindungi alam sekitar - Puntung rokok dibuang oleh perokok boleh menyebabkan kebakaran.
      • Meningkatkan kesuburan.
      • Meningkatkan tahap 'kelakian'.
      (4.)Bagaimana hendak berhenti merokok? .
      • Tetapkan tarikh untuk berhenti.
      • Yakin diri
      • Buatkan nota peringatan.
      • Katakan pada diri anda "saya bukan perokok".
      • Sentiasa berfikiran positif.
      • Dapatkan sokongan.
      • Gunakan terapi penganti nikotin.
      • Amalkan 12M untuk berhenti merokok.

      (5.)Teknik berhenti merokok 
      *.Melengah-lengahkan 
      • Tunggu 5 minit atau katakan nanti sebentar.
        * Menarik nafas panjang
        • Tarikh nafas 3 kali secara perlahan-lahan.
        *Minum air
        • Terutama air masak. Elakkan minuman berkafein.
        * Menyibukkan diri
        • Buat sesuatu bagi mengalih fikiran dan untuk melupakan rokok.
        * Menjauhkan diri
        • Jauhkan diri daripada orang yang merokok.
        * Mengelakkan diri
        • Daripada suasana atau situasi yang mendorong kepada merokok.
        * Mengunyah sesuatu
        • Seperti gula-gula getah dan memakan buah-buahan. Elakkan sesuatu yang manis.
        * Membasuh tangan selalu
        * Mandi dengan kerap
        * Meregangkan otot
        • Lakukan senaman regangan apabila rasa mengantuk.
        *. Meditasi
        * Memohon doa
        •  Berdoa agar dikuatkan azam dan tingkatkan usaha untuk berhenti merokok




        usaha tangga kejayaan.cuba perlahan2 anda pasti boleh,anda boleh anda boleh .ingatlah orang tersayang

        Saturday 19 November 2011

        ikan pari tomyam bakar

        abaikan teknik gambar yg kurang jelas.hikhik

        BAHAN-BAHAN YG DIPERLUKAN
        1INCI HALIA
        3 ULAS BAWANG MERAH 
        1 ULAS BAWANG BESAR
        3 BATANG  CILI (kalau nak pedas lebihkan)
        1 BATANG SERAI
        2 ULAS BAWANG PUTIH
        1 BIJI TOMATO SAIZ KECIL
        (KESEMUA BAHAN DIATAS DIKISAR)
        1 PEKET PES TOMYAM

        cara membuatnya tersangat lah senang,bahan-bahan yg dikisar td dicampurkan sekali bersama 1 peket pes tom yam dan digaul rata selepas itu masukkan garam 1/2 sudu kecil jgn banyak sbb pes tomyam td dah ada rasa masin.setelah selesai lumurkan rata bahan2 campuran td ke atas ikan. oke sedia untuk dibakar.opsss lupa sukatan nie sy guna utk 3 ekor ikan pari.

        **kaedah pembakaran: bakar diatas dapur gas menggunakan kuali tertutup@microwave pun boleh
        selamat mencuba

        Friday 18 November 2011

        ketenangan

        assalamualaikum

        alhamdulillah
        arini hati terasa amat  tenang,rasanya nikmat sekali.dari bangun pagi td sy rasa jiwa & minda saya tersangatlah tenang.dalam duk rasa gelora dihati sejak dua tiga menjak nie,harini saya bangkit dengan penuh semangat dengan keredhaan padaNYA...mungkin keberkatan ari jumaat n hadiah dariNYA buat saya.alhamdullilah.syukur atas semua nikmatmu

        arini gak bermula nya cuti sekolah,buat mama inilah tahun terakhir perkhidmatannya sebagai pendidik setelah hampir 32 tahun berkhidmat sebagai guru.sebenarnya tamatnya khidmat mama sebagai guru adalah berita yang sy amat nantikan.Bukannya kenapa setelah pemergian papa tersayang,mama segalanya bagi kami. tempat mengadu,tempat berbahas,tempat mengumpat,tempat menangis,tempat kewangan n termasuklah  tempat berkongsi kisah cinta kami. segalanya mama.

        so bila mama pencen ini bermaksud bolehlah kami bawak mama tinggal bersama,tak perlu risau lagi jika sakit demannya di malam hari, makan@tidak mama arini,apa yang mama makan arini,apa cerita yg mama nak kongsi arini sbb kalau kat kg mama akan duk sorang2 perkara nie amat merisaukan kami.Kalau seharian tidak mendengar suara kerisauan pasti bergetar.

        buat mama terima kasih untuk segalanya..mungkin ketenangan yg sy dapat harini kiriman doa yang mama panjatkan buat daku.terima kasih mama utk segala pengorbanan & kesabaran mu.




        ps:air hujan dah mengalir sy undur diri dulu nak cari tempah teduh kang hujan opis nie nanti...wink wink

        Thursday 17 November 2011

        poor my eyes

        assalamualaikum

        hari penuh terisi arini,pagi2 masuk keje pg td terus dapat arahan kerja
        now baru siap,nak kata lembapnya sy buat keje asanya tak,benda alah yg nak buat tu mmg banyak pun
        tp xtau lah betuk ker tak sy buatnya...waitting for feedback(actually + feedback),hopefully.

        oke kekejangan mata & otak berlaku need to rest....
        duhai jam cepat lah berputar sy mau pulang
        terima kasih mataku sayang

        larian larian sepi



        lari lari-aku mencari
        lari lari-aku masih disini
        lari-lari-mengharapkan esok yang pasti
        lari-lari-agar sinar kejayaan menyusuriku nanti
        lari-lari- demi satu tekad yang pasti






                                                                    moga sinar itu milikku

        Wednesday 16 November 2011

        kalaulah saya ..............................

        assalamualaikum

        arini mood sangat bagus,walau pagi2 td dah jumpa dengan keadaan sekitar yang tak ok.hikhik tp sy dah xnak kisah sebab itulah realiti hidup.setiap orang berbeza perwatakan,sy senyum awk xnak senyum xperlah.tp tadi kira sy dah bersedekah.sapalah kitakan setakat sweet 17 jer kat cni.ok abaikan

        sebenarnya sy seorang yg sangat kuat verangan,xtau lah kenape,before tido sy akan verangan something dulu before lelapkan mata tp sekarang tempoh verangan dah limited sebab dah ada orang kat sebelah yg kan kacau, so terjadilah iklan.

        pg td macam biasa sy berjaya buat bekalan lg utk en.hubby, walaupun menu nya simple nasi putih+ daging bakar + sardin kari tp sy tahu en, hubby sangat suka.tahu kenape? sbb  bila semalam sy siap perap daging utk bakar pg nie dia dah bgtau esok nak pakai t-shirt jer xpayah gosok baju dia sbb kesiankn sy nak kene masak lg... tp pagi nie sy still gosok baju dia..uishhhh jauh dah melalak dari idea utama nak cite.

        di setiap kali verangan  mesti korang semua akan kata kalaulah sy dot dot dot
        sy sejak kawen nie tak der benda lain yang sy angankan selain impikan dapat masak semua masakan 
        yg en.suami mintak dengan sedapnya + dapat hidang  macam kat hotel.hikhik kuatkan verangannya.walaupun sekarang sy memg seorang yg agak kuat mengasah skills sy tp tiap kali gagal memenuhi piawaian tekak sy sendiri so sy kira % sy masak merudum tp en.hubby still ckp besh,(eleh nak ckp tak besh kan ada yg tak mo msk,wwawwawawawwa) 

        tp sy rasa kalu angan2 sy yg nie akan menjadi kenyataan 1 day rite,hikhik. cuma kene kerja keras n rajin lg lebih.perlu banyak lg kutip ilmu dengan my mom(my mom cikgu ERT tau,terer giless masak) n belajar lg dari my kakak dengkil n kakak pontion yg sangat pantas n aktif di dapur. 


        .........................buku resipi ada banyak  kat umah,yg salin kat internet pun banyak buatnya hanya 20% dari tu,harus kuat azam lagi.u can do it chiko
        oneday :))

        kelebihan Ayatul Kursi

        ALLAHUAKHBAR.....sy baru tahu begitu banyak sekali kelebihan Ayatul Kursi,selalu baca jer lepas solat n dikala ketakutan.sebab dulu kalau kat asrama selalu baca nie time stay up @ tinggal sorang kat dalam bilik hostel (alasan baca sebab xmo dikacau dek hantu :)  )

        so lets read kelebihan membacanya...

        > Rasullullah SAW bersabda bermaksud: "Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan segala kefakiran di depan matanya."

        > Rasullullah SAW bersabda bermaksud: "Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat, kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar."

        > Rasullullah SAW bersabda bermaksud: "Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad."

        > Rasullullah SAW bersabda bermaksud: "Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan."

        > Rasullullah SAW bersabda bermaksud: "Pengamal ayat Kursi juga, dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah."

        > Rasullullah SAW bersabda bermaksud: "Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya."

        > Rasullullah SAW bersabda bermaksud: "Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, insyaAllah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar."

        > Rasullullah SAW bersabda bermaksud: "Jika anda berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar daripada gangguan lahir dan batin."

        > Rasullullah SAW bersabda bermaksud: "Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh."

        > Rasullullah SAW bersabda bermaksud: "Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, ia akan berada dalam lindungan Allah hingga sembahyang yang lain."

        > Rasullullah SAW bersabda bermaksud: "Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut, dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya & ahli rumah2 di sekitarnya."

        > Rasullullah SAW bersabda bermaksud: "Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap-tiap sembahyang Fardhu, Allah menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur, perbuatan-perbuatan orang yang benar, pahala Nabi-nabi, juga Allah melimpahkan padanya rahmat."

        > Rasullullah SAW bersabda bermaksud: "Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya."

        > Rasullullah SAW bersabda bermaksud: "Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah azza wa jalla akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid."

        > Rasullullah SAW bersabda bermaksud: "Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya."


        inf0 nie saya dapat dari facebook,rasa nak tepek kat blog  tersayang, untuk peringatan buat diri sendiri gak..terima kasih kepada sumber

        Tuesday 15 November 2011

        sharing is caring

        saya lupa dari mana sy amik pict zikir nie,tp ianya amat berfaedah buat saya..sudah menjadi wallpaper desktop,dikala ketensionan diri melanda, dan bila terpandang zikir nie terus menyebutnya.

        Monday 14 November 2011

        bila situasi memaksa

        sila jangan terlalu menjadi penyibuk,saya buat keje saya dan awak buat keje awak.kehidupan saya adalah hak saya,apa yang saya buat ada lah untuk saya okeh..so kita bekerjasama atas dasar sama-sama mencari rezeki.di dunia pangkat mungkin di pandang,dsisiNYA kita semua adalaha sama. saya takmau berperasaan begini tp ada ketika saya terpaksa.

        Saturday 12 November 2011

        kisah malam minggu

        assalamualaikum


        kali nie nak cite pasal makan2 plak..nak kata selalu makan luar tak la sangat tp akan makan luar bila keluar jalan2 tanpa makan dulu sebelum tu @ by ada ngidam nak makan..hikhikhik..restoran nie hasil terjahan ke-2 kami,sebelum nie kami pernah kesana pada bulan puasa tu pun main terjah gak..


        macam biasa hari sabtu by keje halfday & malamnya by mesti bawak sy keluar,dekat  or jauh mesti keluar.masa nak keluar malam tadi dah tanya by nak makan dulu tak. tp by jawab tak nak.hati sy senyum..yeeee xpayah masak untuk makan malam.hikhik
        tp bila dah separuh jalan by mula la dengan episod mengidam dia :) cakap nak makan tomyam so dah puas fikir2 kan tempat so kami kesini


        yea kami kesini

        tempat nie terletak di Taman TTDI Jaya kalu tak silap saya kedainya beroperasi dari pukul 10 pagi hingga 12 tengah malam. keadaaan persekitaraannya amat selesa,kemudahan surau juga terdapat didalam kedai so kalu nak semayang tak payah pergi jauh-jauh & nak lepak lama-lama pun xkisah sebab surau ada kat situ jer.


        belek punya belek menu tadi sy pilih nasi goreng thai n by plak nak mkn tomyam n ketam stim.air kami order soya suam n jus mangga... ketam stim xsempat snap by dah tak tahan nak makan tomyam tu so ketam stim just ratah jer.....jom kita layan gambar dibawah
        see tangan kesayangan hamba
        nasi goreng thai sy punya
        ok untuk nasi goreng thai sy bg 3 dr 5 tp tomyam dia best ditekak kami...so kalau sapa2 nak cuba boleh singgah kat EIMANS TOM YAM HOUSE

        Friday 11 November 2011


        kisah cerita 111111

        assalamualaikum

        harus update jugak pada tarikh istimewa nehh sbb ada cerita sebalik nya
        semua bermula dari panggilan tepon ptg semalam odw blik keje dlam kul 6 ptg..
        agak lewat oke...sy dpt panggilan kerja dari 1 company yang mintak sy hadir interview untuk harini

        adusss punya lah antara dua,cuti dah amik 2 hari sempena raya,semalam baru masuk ofis tak kan arini nak cuti plop...bincang punya bincang sy amek keputusan utk pergi..memikirkan utk kerjaya yang lebih baik,yang sekarang bkn tak ok tp sy perlukan persekitaran yang sedikit memcabar.

        macam biasa debaran still ada walau dah banyak temuduga dah sy tempuhi sepanjang begelar graduan nehh..ecehhh ayat skema xhengat..isi form n arini siap dengan ada assesment lg.buat easy & kira-kira & ujian personaliti..tang easy mcm nak kecundang pun ada,lama ooooh tak mengarang naik pusing otak pk nak buat ayat n pk penyambung ayat lg muhahhaha naik keras otak jd walau apa pun  easy ku siap gak tanpa kesimpulan..wawawawa

        lepas tu kami kene interview plak,masuk siap bertiga mcm biasa introduce diri n cakap -cakap tp sangat lama oke di ulangi sangat lama 1jam ...sy dah bosan masa tu,bleh tak?bosan masa interview,emmmmmm sedikit sewel :)) oke itu ajar anda semua boleh keluar...senyum n bangun n bukak pintu  lompat2 dah habis debaran

        lepas by amek ktorang p mkan tengahari sama-sama yehaaaaaaaaaaaaaa sy suka sbb bukan senang nak  lunch sama-sama bila mana itu hari bekerja :)  ...oke by pun dah blik ofis n it's time for me rehatkan mata



         interview td kita just tunggu deringan tepon kalu dapat, rezeki la tu kalu tak kita cari lg..n sesungguhnya diri ini tidak pernah putus asa utk melalui nya lg.rezeki DIA luas cuma perlu bijak untuk mengolahkannya

        Thursday 10 November 2011

        pretty thursday

        assalamualaikum

        after  5 days, i'm back to office again..alhamdulillah masih diberikan kesempatan. kembali kepada rutin harian mencari rezeki di bumiNYA. menyiapkan segala kerja-kerja yang tertangguh & menunggu.. ok let starts,sampai ketemu lagi

        Wednesday 9 November 2011

        11 jam perjalanan

        assalamualaikum

        alhamdulillah akhirnya kami selamat sampai jam 230 pg td,perjalanan mengambil masa lebih kurang 11jam.kami bertolak agak lewat semalam,konon nya utk mengelakkan jem + paham jer lah kalu nak blik KL sedikit bercinta nak mengemas barang. jiwa homesick masih ada dalam diri walau dah kahwin,air mata tetap mengalir tiap kali salam & cium mama.huhuhu.

        perjalanan kami pada mulanya lancar seawal 1 jam perjalanan tapi masuk jer machang - k.krai kami dah mula perlahan,rasa macam nak jln keluar pun ada ditambah dengan 2jam selepas tu hujan pulak turun.memandangkan keadaan jalan yang agak sesak kami berhenti solat di Masjid Keroh masa tu hujan dah makin lebat

        selesai solat kami meneruskan perjalanan kami,ditambah keadaan jalan yang agak licin & kereta yang banyak kami bergerak agak perlahan-lahan,sampai di Pahi kami terkandas lagi kereta langsung xbergerak...bercinta la lg kami disitu kalu tak kerana my shayang ada meeting on thurdays mau ajerr ajak pusing blik umah lg.namun perjalanan diteruskan,kami sampai di Gua Musang tepat jam 730,berhenti solat magrib n jamak isyak  dan perjalanan diteruskan lg. alhamdulliah trafik kembali selesa walau kenderaan banyak dijalan raya.

        kami mengambil jalan alternatif melalui Mempaga memandang jumlah kenderaan yang agak banyak ketika melalui laluan Raub-Bentong...keadaan jalan agak gelap n my shayang memandu dengan agak berhati-hati..baru 1/2 jam perjalanan melalui mempaga kami terserempak dengan kereta melanggar lembu,teruk gak keadaan kereta nya dan lembu yg dilanggar masih belum di alihkan.

        akhirnya dengan segala kekuatan yang ada pada driver :)) kami sampai jam 230 pagi,angkat barang-barang semua n siapkan diri terus terbungkam semuanya dan kesudahannya arini kami lewat bangun

        by: syg bgn dah kul 7, nak g keje tak?
        syg: by pening la,xmo p xperkan
        by: ikut sayang lah,by xkisah
        syg: oke syg bangun buat breakfast n bekal by eks,sambil tu leh kemas-kemas umah arini

        muhhahahahah bila dah dapat permission xkisah xnak p pun terus segar n xfening-fening...pelik mintak permission husband xnak p keje macam la my shayang yg bag gaji suka ati jer aku nieee.



        Friday 4 November 2011

        raya korban

        assalamualaikum
        emmmm arini hati sudah di kampung walau jasad masih beku dengan kesejukan aircond di ofis
        malam ni kami ber 4 akan bergerak balik ke kampung halaman...doakan perjalanan kami selamat yerk
        ok la selamat hari raya aidiladha buat semua n selamat mengerjakan hajii buat semua jemaah malaysia.

        ps:// jgn makan daging banyak sangat yerks, nanti penyakit datang

        Thursday 3 November 2011

        9 bulan

        Assalamualaikum n selamat sejahtera

        Bila pagi nie jenguk Blog punya ticket, rupanya arini dah cukup 9 bulan usia perkahwinan kami Rasa baru semalam kami disatukan,masih terngiang- ngiang  suara by  melafazkan akad. Saat lafaz disebut tiada kata mampu diucap selain syukur ke hadrat-NYA majlis kami berjalan dengan lancar. 

        Walau usia percintaan agak singkat tapi aku percaya akan konsep cinta selepas
        kahwin lagi manis untuk di jalani & ditempuhi sebab ia lagi diberkati. 
        Tiada pengharapan aku harapkan agar hubungan suci kami berkekalan
        hingga ke akhir hayat n dikurniakan zuriat yang soleh & solehah 
        happy together (",) muah muahhh

        Wednesday 2 November 2011

        persimpangn hiduP

        Kehidupan yang baru bermula
        langkah yang baru aku jalani,
        menyusuri derai & duri demi sebuah pengertian hidup
        yang mampu diberi
        teleku aku dipersimpangan memilih antara liku & cabaran
        mana mungkin diri ini bisa menggadai realiti demi 1 kehidupan yang lebih bermakna
        liku & cabaran memerlukan implikasi makna & kekuatan
        setiap liku perjalanan itu harus penuh dengan keimanan agar tembok yang bakal dilayari kelak tegar dan teguh untuk bangkit dan berhalusinasi dalam realiti

        Di sudut cabaran kekuatan hati & minda perlu tegar
        agar setiap yang mendatang digapai dan di sambut dengan penuh keikhlasan & ketenangan

        shaye rindu saat ini