Friday 30 December 2011

Opick Feat Mellly Goeslaw "Takdir"






dihempas gelombang dilemparkan angin
sekisah kubersedih kubahagia
di indah dunia yang berakhir sunyi
langkah kaki di dalam rencananya


semua berjalan dalam kehendaknya
nafas hidung cinta dan segalanya


dan tertakdir menjalani segala kehendakmu ya robbi
ku berserah ku berpasrah hanya padamu ya robbi
dan tertakdir menjalani segala kehendakmu ya robbi
ku berserah ku berpasrah hanya padamu ya robbi




bila mungkin ada luka coba tersenyumlah
bila mungkin tawa coba bersabarlah
karena air mata tak abadi
akan hilang dan berganti ( hilang kan berganti )


bila mungkin hidup hampa dirasa
mungkinkan hati rindukan dia
karena hanya dengannya hati tenang
damai jiwa dan raga


dan tertakdir menjalani segala kehendakmu ya robbi
ku berserah ku berpasrah hanya padamu ya robbi
dan tertakdir menjalani segala kehendakmu ya robbi
ku berserah ku berpasrah hanya padamu ya robbi
hanya padamu ya robbi

Thursday 29 December 2011

sudah tertulis dan saya pasrah

assalamualaaikum..

Hari khamis yang penuh tanda tanya dalam hidup saya, banyak persoalan yang bermain dikepala harini. banyak jugak khabar angin yang macam tentang perkhidmatan kerja kami. sampai saya pun dah tak larat nak amik kesah. peristiwa tahun lepas membuatkan saya rasa biarlah apa yang mendatang saya terima dengan redha,kalu bukan rezeki saya yang ditulis DIA saya harus akur dan saya harus melebarkan lagi tekad dan usaha. sesungguhan saya tidak akan lalai dalam setiap apa yang bakal dilalui.

Dan saya juga masih menunggu untuk panggilan  temuduga ke 2 haritu ,walau saya tahu hakikat yang sebenar tapi saya mahu tahu dari mulut majikan itu sendiri. sebab keyakinan dia membuat saya menunggu & berharap.walau hari ini saya tetap telepon company itu tapi esok saya harus hubungi lagi sekurang-kurangnya saya tahu yang sebenarnya.

Tuesday 27 December 2011

kalut tak pasaii

assalamualaikum..

hey dears,sihat- sihat kah kamu semua?harap semuanya okeh ajer yup.saya cuti 3 hari batuk-batuk & tekak gatal.uishh lemah sungguh antibodi saya kam.hukhuk.sebelum cuti haritu,minit-minit terakhir nak balik dapat arahan kerja yang suh saya buat satu task,oke saya suka at least ada job,tapi sebab kalut tak pasaii & sesungguhnya saya mmg seorang minah kalut, datang kerja pagi td awal-awal lagi buat habis pantas.siap cakap oke DONE & SEnyum lebar2 tapi alik -alik bila check mak oiiiii kamu buat aper neh kosong jer semua.huuhuhuhu.budak kalut telah buat satu kesalahan n kene buat lagi adoyaiiii.gara - gara kealpaan sbb dah tahu cara buat,minah over confident la katakan.hamekkk ko

Friday 23 December 2011

cerita kawan baik

assalamualaikum

Jumaat yang penuh keberkatan & minggu ni jugak kita bakal berhujung minggu yang panjang sempena perayaan Hari Natal. bila dah dipenghujung tahun ni semua orang mesti duk semak  wishlist @ perancangan  tahun nie yang belum tercapaikan dan saya dah buat semakan ,nampaknya ada beberapa benda gaks yang tak terlaksana tapi tak per akan di 'forward' untuk misi tahun depan.dan harapannya bila dah di 'forward' ni saya kene gigihkan usaha lagi dengan harapan tak der yang ter 'forward' untuk tahun seterusnya plak.hikhikhik.

Actually yang saya nak cerita sangat arini adalah pasal kawan baik,semua orang mesti ada kawan baik masing-masing kan.tempat simpan rahsia, tempat nak nangis-nangis,nak gelak besar,nak cerita benda yang karut-marut,nak cerita kisah kita jatuh cinta, even tempat nak ngadu 'awk perut saya buat hal lagi la,nak berak susah' mihahaahaha. tapi dengan jujur saya cakap lepas pemergian arwah kawan baik saya,saya tak pernah ada org lain mampu menggantikan dia. Iaitu arwah Akmal Idayu. dah 2 thn lebih dia pergi tapi setiap kenangan masih ada dalam kotak memori hidup saya.

boleh dikatakan saya tak pernah berahsia apa pun dengan arwah,kami kenal  dari form 2 masa tu kami 1 kelas sampai lah dia dapat tawaran ke sekolah lain masa form 4 and kami berpisah. walau dah tak 1sekolah kami masih lagi berhubung. tapi bila dah di universiti kami bersatu kembali walaupun berlainan kursus & kami jugak bukan roomate tapi bilik dia adalah tempat wajib untuk saya pergi merayap, melantak & bergosip.wink wink. bukan pegi study idop, hikhik.lain course mcmana nak study sama.alasan.kahkahkah.

bila dah habis belajar saya merantau ke KL,tapi masa tu arwah masih sambung belajar but kami still berhubung.tepon itu harus & msg lg lah wajib ada jer benda yang nak ceritakan. even nak bgtau 'awk,hari ini budak tu msg saya.waaaa suka2' tapi itu semua dah kenangan.saya dah tak der dia untuk bercerita macam tu. even sekarang ada suami tempat bercakap n berkongsi suka duka tapi saya rindu dengan gelak tawa n senyum kawan baik say,  bukan kami tak pernah bergaduh @ selisih faham sentiasa ada tapi dia kawan baik saya macammana end ups setiap hubungan kami kami still baik-baik.arwah jugak org yang tahu kisah cinta kami suami isteri. sesungguhnya saya rindu dia sangat-sangat. setiap kali balik kg n lalu depan kampung arwah saya mesti sedekah Al-Fatihah buat arwah,tu jer hadiah yang mampu saya iring sebagai hadiah persahabatan kami.

Dua bulan terakhir sebelum pemergiannya, kami ada keluar jalan-jalan sama2 & nie1st time saya bawak kete n saya pick up arwah depan simpang umah arwah. Arwah ngadu yang dia selalu sangat sakit-sakit urut sekarang ni dan dah tak boleh makan yang makanan sejuk-sejuk.sebab akan rasa lemah.masa besday saya pun dia macam biasa akan wish besday tapi bukan 1 msg saya dapat dipagi-pagi hari itu tapi dua yang sehingga kini saya masih simpan. bila arwah masuk wad, arwah langsung tak bagitau saya,saya tahu pun dari abg arwah. alasan arwah bagi dia tak mau saya risau lagipun saya baru masuk kerja & dia sihat-sihat jer.sehari sebelum saya balik untuk melawat dia dekat hospital,saya dapat telepon dari adik arwah yang mengatakan arwah tenat & koma tapi saya balik gak kg berada disebelahnya yang koma saya harap dia tahu saya datang,saya sentuh dia dan saya cakap 'saya balik ayu,dan awk mesti kuat sbb saya tunggu awk' bacakan yasin untuknya  tapi ada satu sms yang sangat menyentuh hati saya yang dia hantar masa dia kat hospital yang sebelumnya saya tak tahu pun dia di hospital(sebelum abg dia bgtau yang ayu masuk hospital)

                   'bila awk nak balik,saya rindu la'

percaya atau tidak,sms tu adalah pengubat rindu saya selain gambar saya bersama arwah ketika kami di tingkatan 3. saya terkilan tak sempat cakap ngan arwah sebelum arwah pergi tapi saya redha sebab saya tahu Allah sayangkan arwah & dia bahagia disana.untuk awk ayu

                                                           ayu saya rindu awk.saya dah kahwin dengan budak yang takut nak luah
                                          perasaan kat saya tu.budak yang kata dia tunggu saya banyak tahun tapi tanpa
                              beri apa-apa hint.kahkahkah. budak yang selalu jadikan awak tempat dia bercerita pasal saya.hihihi.kami bahagia ayu tapi kami belum ada junior kami.Allah bagi kami honeymoon dulu kot nie.
saya still tak dapat kerja tetap lagi,dulu saya kat kl lepas dlm 2 minggu awk tinggalkan saya,saya dapat kerja balik kerja kelantan n saya balik untuk dekat ngan mama saya.sekarang saya kat KL plak dpt offer keje cni tp hujung bulan nie kontrak dah habis n saya akan jadi job hunter lagi.ayu,mama saya dah nak pencen tahun depan tinggal 1 bln lg.
banyaknya saya nak cakap kat awk nanti awk datang lagi dalam mimpi saya ok.tapi kalu saya tak cerita pun saya tahu awak mesti tahu kisah saya kan sbb awk KAWAN BAIK SAYA SELAMANYA.

AL-FATIHAH BUAT ARWAH KAWAN BAIKKU
AKMAL IDAYU.



Tuesday 20 December 2011

mama dah balik & saya tak sihat

assalamualaikum

arini saya baru masuk kerje,semalam cuti tak sihat sangat sampaikan nak berdiri pun rasa nak tumbang.satu badan rasa sejuk yang amat.kepala pusing-pusing 360'c.sebenarnya dah rasa tak sedap badan sejak dari hari ahad lagi tapi saya kuatkan hati untuk ke dengkil sebab nak jumpa mama & kumpul adik beradik. peluang nie bukan selalu ada memandangkan masing-masing dah ada kehidupan sendiri.sibuk dengan kerjaya, pelajaran & keluarga.

semalam gak mama dah gerak balik kampung nun jauh di kelate.mama balik ngan ngah dengan kereta,sedey mama balik kot badan pun turut terasa lemah.cuaca semalam pun mendung, semendung hati saya but dun't worry nanti kita balik jumpa mama lagi.by the time dapat msg dari mama 'ma dah gerak' hujan pun mengalir itulah saya masih keanakan.la la la la la la la  ieeeeeeeeeeee

arini saya dah masuk kerja tapi mood kesihatan masih lagi 50-50.pening dah hilang tapi saya tak boleh berdiri lama sangat,perut plak semacam jer rasa.nak kata kembung tak tapi rasa macam resah jer...nak kata penghadaman tak ok, tapi penghadaman ok jer minggu nie,dapat membuang dengan jayanya lagi.kui kui kui.tapi sekarang selera makan saya kurang,rasa nak makan tapi malas nak kunyah.lepas makan rasa mual.mungkin nikmat kesihatan saya ditarik DIA sementara waktu,..tapi baru 2 hari saya kurang makan berat saya dah turun.hikhikhik. macam besh plakkan.



ps:ahad aritu kami keluar bergambar nanti later saya update pict nya okeh & thanks to en.suami yang balik masak untuk makan tengahari & masak dinner & laundry sekali,muahmuaaaah

Saturday 17 December 2011

i'm happy

assalamualaikum


sangat gembira harini sebab mama & adik-beradik saya datang umah and kami makan malam sama-sama kat rumah saya.kami pergi pasar sama2,masak sama2 n makan sama2...mkn lauk kampung  dan satu kemestian EN.Petai harus ada bila dah kumpul ramai-ramai nih...ok nite harus tido dulu,esok akan ke dengkil lagi,nak peluk bonda lagi,yehaaaaaaaaaa

Friday 16 December 2011

dia datang lagi

assalamualaikum

yehaaaaa jumaat datang lagi,rehat yang panjang tanpa kemana-mana.
mcm biasa weekends ni ada aktiviti bersama keluarga 
selain akan ke kenduri kahwin sepupu dekat Shah Alam. dan weekends ni gaks la last 
dapat manja-manja
ngan mama sebab mama dah nak balik kelate by monday..
huhuhuhu.xper nanti
kami balik jumpa mama lagi.
mama balik kelate ngan ngoh,kakak ku yang nombor dua.so esok aktiviti haruslah 
ke Dengkil lagi
sebelum gerak ke tempat Kenduri

opsss lupa sapa-yang rasa nak pegi kutub utara @ kutub selatan jom lah praktis 
duk kat tempat ofis saya nie.hikhikhik.....sejuknya mengalah kita berendam dalam ais jer,
tolong la mau rosak habis sendi-sendi & tulang temulang ku ini.
dah saya ni jenis yang penyejuk,
percaya atau tidak saya boleh tidur dengan nyenyaknya tanpa ada MR.FAN kat umah. untungkan En.suami saya tak payah la nak cari aircond,save budget utk duit letrik.kuang :D





selamat berhujung minggu semua



ps: EN.N*** rasanya dah 2weeks ni tak tepon pun.wawawawawawa.saya tunggu kamu

Thursday 15 December 2011

setia menanti

assalamualaikum

kisah khamis yang penuh tanda tanya bagi saya. arini dengan mood yang rasa malas nak bawak kereta tapi tetap gagahkan diri gak bawak kete datang kerja sendiri lepas antar By kat site ofisnya..bawak kereta pun macam mengelamun jer,pikiran melayang meninggalkan jasad diri. saya sendiri tak pasti akan aper yang saya fikirkan & saya sendiri perasaan yang saya sekarang sangat kuat mengelamun not verangan hokey :)

banyak perkara yang saya tunggu sebenarnya..yang pasti saya akan terus menunggu dan akan tetap sabar menunggu dan menunggu dengan penuh kesabaran & pengharapan moga saya terus tabah dan kuat untuk melaluinya. buat By sayang thanks for always be by my side.love u dammm much


dan saya tahu DIA Maha Mendengar

Tuesday 13 December 2011

sinopsis 3 hari cuti

assalamualaikum

semua sihat?saya sedikit lemau didalam badan disebabkan cuti yang panjang & aktiviti bersama family yang sangat padat tapi sangat menhiburkan.bagi kami yang kerja sekitar selangor kerana hari isnin kami masih bercuti sempena Hari Keputeraan Sultan Selamgor yang jatuh pada hari ahad.cuti 3 hari pun dah lemau,hukhuk.saya sangat lembikkah?

aktiviti pertama saya bermula dari pagi sabtu lagi, selepas menghantar en.suami ke tempat kerja saya meneruskan pecutan menuju ke dengkil. planning asal mahu ke Nilai tapi berpaling arah disebabkan desakan keperluan(eeeceeehhhh xdop la serius pun) cuma kakak ku yg sulong mau mencari baju mengandung yang baru almaklumlah kali ini pregnant twin so baju baru harus dicari, kami ker Jusco Puchong.so bergeraklah kami ke situ dengan 1 kete saja..jimatkan kos minyak & ruang parking jusco..muhahhaha yang sebenornya saya idop tahu jalan kesana so naik jerlah 1kete n kakakku yang drive.dum dam dum dam disana selama 4jam,setelah segala bagan jeritan n amukan kanak2 dengkil akibat kengantukan,kepanasan & keletihan akhirnya kami bergerak pulang dengan misi kesana berjaya.

aktiviti kedua dihari ahad pula kami (By, mama & shuteh & diriku) bergerak ker Shah Alam.(mlm tu mama tido umah saya.hoyeeee) Destinasi pertama adalah Pasar Tani Shah Alam,lama tak lama 2jam gak kami berfoya-foya disana. pusing semua gerai-gerai jualan keadaan cuaca yang tidak panas sedikit memberi keselesaan pada kami untuk meronda-ronda walau pun hujan kadang-kadang mengalir turun.selepas siap satu seisi PTSA kami bergerak ke Tasik Shah Alam untuk makan-makan,menu wajib By haruslah kambing golok,mama plak makan char kuew tiaw, my sis kuew tiaw kerang & saya kebab daging menu orang diet.keh keh. selepas siap semua mengisi perut masing-masing kami ker Plaza Alam Sentral ni pun pilihan ke-2 selepas tukar plan dari nak ker Taman Pertanian Shah Alam sbb nya cuaca macam nak hujan so ubah plan kita ukur mall jer lah :)). benyak gak barang yang berjaya dirembat tapi mengikut keperluan & budget jugak..

aktiviti ke 3 di hari isnin plak kami berombak rindu n happy feet untuk kanak-kanak dengkil tengok kat Alamnda dekat n jimat masa, kak long ku yang booking ticket. untuk ombak rindu saya hanya berdua ngan my sis jer sementara long & anak2nya beserta mama che ber 'happy feet'...kami masuk 10 min lewat tapi xperlah rasa tak banyak yang kami tertingal scene nya. bagi ombak rindu perjalanan cerita nya agak lamabat pada permulaan cerita,agak boring pada minit2 terawal sehingga lah dipertengahan cerita barulah rasa jiwa turut sama masuk kedalam cerita...okeh untuk ombak rindu saya bagi 3.8 /5 sebab saya rasa saya lagi suka Nur Kasih(sowi guys,pandangan masing2 kan)

soberkahirlah cuti2 saya, amat-amat terisikan....lagi fun sebab dapat buat aktiviti bersama keluarga. cuma By la ada antara tempat yang kami pergi dia xdapat join sama disebabkan tuntutan kerja.

ps: 1 pict pun x tangkap,kami lupa bawak kamera.satu kerugian disitu

Thursday 8 December 2011

sembelit & chiko

assalamualaikum...

macam bestfriend plak buat tajuk 'sembelit & chiko' kam kam ..hikhik. sebenarnya masalah sembelitnya nie xselalu sgt menyerang tp dalam tahun nie amat kuat skit ianya datang menghinggapi.hikhik.tp yang sesungguhnya saya amat suka bila sakit perut menyerang sebab kalau sakit perut yg menyerang saya masih lg dapat bergiat aktif, boleh datang ofis, boleh keluar untuk shopping(kalu tang ni terus tak sakit :D) tapi saya sangat kalah & lembik bila sy fening terus satu badan jadi lemah & tak bermaya n mood manja kededek pun datang.sampai tahap kalu ada yang bertanya khabar pun saya boleh menangis..itulah saya,peneraju kilang airmata dunia.muhahahaha.

ok kembali pada topik,kali ini sembelit datang menyerang dengan agak lama dah 5 hari saya tak membuang. makan pun agak tidak berselera,cepat rasa kenyang n mual tp sakit perutnya idok cuma rasa xselesa dibahagian perut,mungkin sebab tiada rangsangan nak membuang kot, hikhik.khuatir ianya akan memberikan kesan negatif pada badan tercinta so saya ada bertanya kawan2 cara nak pulihkan dari sembelit nie selain itu saya juga ada gak cari maklumat dekat internet n caranya gak berhasil sampai akhirnya arini saya selamat melepaskan dia pergi.hahahha..geli laaaa

berpeluh dengg
now let check out sebab-sebab mr.sembelit datang menyerang kita:
Kurang serat dalam diet.
• Kurang aktiviti fizikal (terutamanya di kalangan warga tua).
• Pengubatan.
• Susu.
• Sindrom gangguan semasa pembuangan air besar (Irritable bowel syndrome).
• Perubahan dalam kehidupan yang rutin seperti mengandung, penuaan dan
   pengembaraan.
• Penyalahgunaan julap.
• Menahan untuk membuang air besar.
• Kekurangan air.
• Penyakit atau keadaan tertentu seperti strok.
• Masalah dengan kolon dan rektum.
• Masalah dengan fungsi usus (sembelit kronik yang secara tiba-tiba dan tanpa sebab.

pencegahan dari mr. sembelit datang menyerang:
Makan pelbagai jenis makanan. Makan banyak kekacang, bijirin penuh, buahan segar dan
sayuran.
• Minum banyak air.
• Lakukan senaman secara berkala.
• Jangan menahan untuk membuang air besar.
• Ketahuilah yang tabiat membuang air besar yang normal adalah berbeza mengikut
individu.
• Sekiranya tabiat membuang air besar anda berubah, dapatkan pemeriksaan doktor anda.

banyakkan makan buah & sayur okeh
.
.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


ps: kalau rutin kita membuang air besar (berak) lari dari jadual itu juga satu petanda yang tak baik dalam sistem badan kita okeh..so jangan pandang remeh isu idok berak nie orait.


Wednesday 7 December 2011

wordless wednesday: rindu detik ini

ukur mall bersama-sama
sama-sama konvoi ke kenduri nun jauh di johor
malam terakhir sebelum perpisahan kita
mengiringi zulia dihari bahagianya
kita yang tak pernah jemu tunggu bas :))





buat kawan2 ku sekalian,terima kasih atas segala kenangan-gurau senda,senyum tangis,hilai tawa, senyum & masam muka.semua itu cukup memberi seribu satu kerinduan & detik yang mungkin kita tidak akan alami lagi.semuanya kerana tuntutan perjalanan hidup.buat kalian semoga berjaya dalam bidang yg diceburi serta bahagia dengan kehidupan yg dilalui.

al-fatihah jua buat arwah fazidah atikah,moga dikau tenang & damai disana



Monday 5 December 2011

doakan saya

assalamualaikum

harini saya ada interview lagi..mintak kalian doakan saya sama yerk,berharap sangat lah dapat utk keje nie.company nyer agak mantap.sangat berharap agar semuanya dipermudahkan DIA..... tipulah kalu saya tak berharap pada setiap kali adanya interview,harapan yang tinggi selalu ada, dan saya mengharapkan yang terbaik atas setiap percaturan-NYA.ameen

Saturday 3 December 2011

HAPPY FEET

Assalamualaikum


yer kami baru blik dari tengok cerita ni,asalnya nak tengok OMBAK RINdu tp tiket dah habis kalu nak tengok gak kene tunggu yg kul 1230 a.m so tukar plan lagi pun kesayangan tak sihat sgt.


happy feet bagi saya cerita sangat fun,masa kat panggung tadi penuh dengan mummy & daddy yang bawak anak-anak almaklumlah cuti sekolah. okeh untuk HAppy FeEt sy bg 5 bintang, fuhhh banyak tu hikhik haruslah sebab sepanjang dalam pangggung tadi kami asyik senyum n gelak jer.oktak payah cerita banyak-banyak, sapa-sapa yang nak tengok pinggu-pinggu menari,menghasilkan idea,bekerjasama dan semangat kekeluargaan kene layan cite nie okeh tp ombak rindu masih dalam list nak tengok.wink wink






Friday 2 December 2011

kelebihan Surah Yasin

assalamualaikum

harini sy nak kongsi apa yang saya jumpa ,harap ianya memberi manfaat buat semua & pertambahan ilmu buat saya. terima kasih kepada sumber
Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud: “Bacalah surah Yasin kerana ia mengandungi keberkatan.” Iaitu:
  1. Apabila orang lapar membaca surah Yaasin, ia boleh menjadi kenyang.
  2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.
  3. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.
  4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.
  5. Jika terpenjara akan dibebaskan.
  6. Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.
  7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.
  8. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan siksanya.
  9. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.
  10. Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya.
  11. Rasulullah S.A.W bersabda: “Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati al-Quran itu ialah Yasin. Sesiapa membaca surah Yasin, nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca al-Quran sebanyak 10 kali.”
  12. Sabda Rasulullah S.A.W lagi: “Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah Yasin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya.”
  13. Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yaasin sehingga datang Malaikat Redwan dari syurga membawa minuman untuknya. Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.
  14. Rasulullah S.A.W bersabda selanjutnya: “Sesiapa bersembahyang sunat dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yaasin dan rakaat kedua Tabaroka. Allah jadikan setiap huruf cahaya di hadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya di tangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya tetapi sesiapa yang meragui keterangan ini, dia adalah orang-orang yang munafik.          


sumber: http://nurani-alam.blogspot.com    *

Thursday 1 December 2011

lagi 15min

assalamualaikum

hihi masa kerja harini dah  sampai ke penghujung, hujan dekat luar teramatlah lebat & siap guruh dentam dentum lagi. By ajak p pasar malam lepas balik keje ni,harap jadi lah singgahnya yerrr,sbb sy dah set dalam kepala malam nie tak payah masak untuk dinner.yehaaaaaaaa

ok semua hati-hati dijalanraya okeh,jalan licin,sempat lagi updated gataiii jap blum tutup pc..oke samapai ketemu...tadaaaaaaaaaaa

penangan ombak rindu



Hafiz & Adira - Ombak Rindu Lirik [HD/HQ] (OST Ombak Rindu)



ps: By jom kita g tengok