Thursday 19 September 2013

Hafiy Naufal turn 1 years old

Assalamualaikum semua,

Cepatnya masa berlalu, rasa baru jer lepas bersalin. n sekarang naufal dah setahun. Pengalaman mengandung, melahirkan n menjaga naufal boleh diketogori kan tersangat mudah. Alhamdullilah. tak banyak karenah. Dari saya mengandung, tanpa sebarang alahan yg teruk, tiada muntah melainkan time nak gosok gigi, boleh makan semua makanan kecuali nasi ( tersangat busuk bau).hihihi. Tempoh rasa sakit yang singkat semasa proses melahirkan dan menjaga dari awal kelahiran.

Buat Hafiy Naufal
Mama doakan Soleh buat naufal, jadi abang yang bertanggungjawab dan contoh yg terbaik buat adik-adik, jadi anak yang soleh buat mama & papa. jadi umat yag berguna untuk agamanya. Berjaya dunia dan akhirat.sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik. Mama & Papa akan cuba yang tebaik dalam membesarkan awak.