![]() |
| jumlah penggunaan hari bekerja pergi & balik |
Wednesday, 30 November 2011
wordless wednesday- RM 8.40 per day
Tuesday, 29 November 2011
ENTRI KHAS: it's time to say goodbye
assalamualaikum
Hari ke-3 ditahun baru,sungguh cepatkan masa berlalu... sudah masanya dikau pergi...bukan mudah untuk kami lepaskannya,berbulan-bulan memikirkan dari sudut positif & negatif nya. bukan tidak sayang tapi cukuplah sampai disini.segala jasa, khidmat dan kenangan bakal terhenti hanya untuk beberapa jam lagi.
Bagi empunya dirimu ,kesedihan amat dirasai. melepaskan @ terus bersama mu. betapa berat empunya dirimu mau melepaskan mu tapi empunya dirimu terpaksa membuat keputusan ini.Bak kata empunya dirimu, "hari ini hari terakhir, cukuplah utk segala jasa selama 4 tahun di kau bersama ku. setelah sama-sama mengharungi segala susah payah,pernah tertonggeng2 bersama, sama2 balik kg,sama2 melalui suka & duka" TERIMA KASIH.
selamat tinggal n be good with tuan baru ok
ps:By jgn sedey2 yyerk,perpisahan utk penggantian.insyallah
Sunday, 27 November 2011
pagi ditahun baru
assalamualaikum
selamat tahun baru hijrah utk semua,pagi yang cukup indah dalam hidup saya.dikelilingi orang2 tersayang sebaik saja buka mata.tapi semalam sy kerugian tak sempat join sama dlm baca doa awl & akhir tahun,satu kekesalan disitu mcm mana sy boleh lalai dengan benda macam tu.
misi di tahun lalu belum kesampian untk mencari kerja tetap,tp xper usaha akan diteruskan lg.sy tahu rezeki DIA amat luas dan sy tahu ada bahagian sy utk rezeki itu.kedua harap tahun nie gak rezeki kami murah untuk mendapatkan zuriat.ameen
mengharapkan keredhaan & keberkataan dariNYA
Friday, 25 November 2011
masanya sudah tiba
assalamualaikum
pagi jumaat yg penuh keberkatan..hari yg amat dinanti-nantikan, masa jejari comel ini tgh menari-nari girang.my mom actually dah kat airport KB,penerbangan jam 915 am & yg pasti ketibaan mama nanti akan disambut oleh askar2 dengkil n si comel princess dengkil.
lg la heaven bila minggu nie cuti sampai ari isnin sempena Awal muharam,so bleh la cuti2 malaysia minggu nie.nak pergi mana yer,bleh bwk mama jalan-jalan sama..oke selamat berhujung minggu buat semua,buangkan segala bebanan kerja buat sementara waktu okeh luang masa yang berkualiti bersama keluarga anda.bye bye
![]() |
Thursday, 24 November 2011
pencarian bermula
assalamualaikum
![]() |
| Rumah kecil tiangnya seribu Rumah besar tiangnya sebatang |
mencari rumah idaman?...yer itu misi kami bagi 2012.akan gigih usaha untuk mencari kediaman yg lebih stabil,besar @ kecik bukan persoalan.asalkan ianya memenuhi kemampuan kami (budget big bos),tak jauh dr tempat keje n keadaan persekitaran yg yg kurang kadar sosialnya(utk besarkan anak2,hahha .tp sorang pun blum ada lg),dkt ngan sekolah n byk kemudahan awam.haha gile kentang ciri2 kalu semua tu ada haruslah mahal area tu..huh verangan lgi ko.
sekarang dah mula cari2...tp bg sy kalu single storey harus lah corner lot(demand ko,WAJIB) & kalu double storey xkisah lot kanan ker lot kiri ker,lot tengah ker mana2 pun xkisah...idea bergeliga tu tp sy tau my hubby lg banyak idea.hikhik.rumah idaman dia yg area umh sewa kami skrg dah dirembat org,tiap kali lalu mesti buat jeling manja kat umh tu.skrg plak tuan rumah tu tgh buat renovation lg lor ummmmmmmmmmmm, sabar BY bukan rezeki kita.kita cari lg.doakan misi kami berjaya yerr.
ps: berharap & berdoa moga kedua-dua impian tercapai
Wednesday, 23 November 2011
wordless wednesday-relationship
Tuesday, 22 November 2011
falling in love again
assalamualaikum
apa kahabar semua?u olss ok tak arini....sy arini rasa sangat termotivasi, sejak -sejak saya dapat rasa ketenangan (entri lepas ada cite) sy dah banyak fikir positif and redha dengan perjalanan hidup saya, nikmatnya amatlah berharga.alhamdulillah.
Dan pagi-pagi td bila ada masa lapang jap dr keje sy terbaca blog kak hannah (thank you yer) pasal cara kekalkan kemesraan dalam perkahwinan. Hati terasa bagai jatuh cinta dari hari pertama sy melihat en.suami.hihihi.walau usia perkahwinan masih lagi baru tp banyak pahit, manis,masam,masin, payau kami telah lalui. kami berkenalan sejak di bangku sekolah, satu sek,satu kelas tp berbeza kepintaran :))off course la yang lg pintar adalah en.suami bkn sya.muhahhaha.
Perkenalan yang panjang tp tidak membawa kepada bibit percintaan, masing2 mengejar cita-cita. walau bisikan lamaran tersirat ada dalam setiap kali perbualan namun hati sy tetap mengatakan belum masanya lagi.sebab itulah janji sy pada diri sendiri,sebelum menerima org lain dalam hidup sy harus penuhi impian & syarat2 sy sendiri dulu. keputusan untuk berkahwin hanya mengambil masa 9 bulan dari lamaran percintaan dan kami terus mengikat tali pertunangan dan seterusnya ke gerbang perkahwinan.
Walaupun perjalanan membina kelurga yang baru bermula,ada ketika tidak dapat menerima hakikat perlakuan,perangai n cara dia menyampaikan rasa sayang seperti yg kita impikan @ angan2kan tp itulah realiti alam perkahwinan. setiap jam, setiap minit, setiap saat , setiap hari, setiap minggu,setiap bulan diari kehidupan kita bersamanya.bagi saya setiap kali terasa kekecewaan sy akan igt perkara2 gembira yg kami pernah lalui & harungi bersama. Bagi saya ikatan perkahwinan bukan lah sesuatu yg membebankan tapi ianya adalah 1 perkongsian pembelajaran bagi kehidupan bersama....peringatan utk diri sendiri sama.
ps://berharap & berdoa moga perjalanan rumahtangga kami sentiasa dibawah keberkatanNYA dan berkekalan hingga ke akhir hayat
Labels:
moment to remember,
nukilan chiko
Monday, 21 November 2011
setiap sedutan membawa padah
assalamualaikum
baca entri kat atas mesti dah ada yang faham kan,bagi mereka yang tegar semestinya slogan nie memang diketahuinya. sebenarnya sy sendiri tidak suka dengan segala jenis asap tidak kira lah asap kenderaan, asap pembakaran,asap kilang,asap rokok atau segala nama asap lagi.sebab segala asap nie boleh buat saya sakit kepala.nasib baik nasib baik en.suami dah tak merokok sekarang,sebab berhenti pun sebab ianya adalah syarat utama untuk sy terima dia.hihihihi,bijakkn sy :)
sy tahu bukan senang nak berhenti merokok,melalui perhatian saya & pengalaman en.suami ,tiap petang dia akan mula rasa nak deman,suhu badan akan meningkat dan mood akan sedikit merudum. so sebagai yg tersayang sy selalu bagi bg semangat kat e.suami. ok lah tak payah nak ke laut sgt kat sini sy nak share sedikit info yg sy baca dari Bahagian Pendidikan Kesihatan. jom baca utk perkongsian
(1.) Fakta Membimbangkan Akibat Merokok
- 50% dari golongan lelaki di Malaysia adalah perokok.
- Di Kuala Lumpur, nisbah antara perokok lelaki dan wanita di bawah umur 30 tahun adalah 5:1.
- Kadar merokok dari golongan remaja dan wanita semakin meningkat. 25% dari pelajar sekolah berumur 15 tahun ke atas pernah mencuba merokok dan 70% dari kumpulan ini akan menjadi perokok apabila meninggalkan bangku sekolah.
- 60-75% dari asap rokok akan disedut oleh orang yang tidak merokok.
- Hanya 50% perokok akan dapat menjangkau umur 70 tahun.
- Rakyat Malaysia membelanjakan RM1.5 bilion setiap tahun untuk membeli rokok.
(2.)Mengapa harus berhenti merokok?
- Merokok memberi keburukan kepada semua individu Ia tidak memberi kebaikan kerana:Merokok memberi kesan buruk kepada orang di sekeliling anda terutama ahli keluarga.
- Ibu yang mengandung boleh melahirkan anak tidak cukup bulan, kurang berat badan atau mati selepas lahir.
- Kanak-kanak yang terdedah kepada asap rokok boleh:
- Sering sakit dengan mengalami batuk-batuk, selsema serta jangkitan telinga, hidung dan tekak.
- Mengalami perkembangan paru-paru yang lemah.
- Mendapat asma.
![]() |
| tengok apa ada dalam rokok,gile kuasa bahaya |
(3.)Apakah faedah yang diperolehi dengan berhenti merokok?
- Panjang umur - Satu dari dua perokok akan mati lebih awal disebabkan penyakit berkaitan merokok. Merokok membunuh hampir 5 ribu rakyat Malaysia setiap tahun.
- Mengelakkan dari bahan-bahan berbahaya - Asap rokok mengandungi hampir 4,000 bahan kimia dan 50 daripadanya boleh menyebabkan kanser.
- Mencegah penyakit - Hampir 40 jenis penyakit yang berkait dengan merokok. Kanser paru-paru, sakit jantung, penyakit paru-paru yang kronik,strok dan ulser di bahagian lapisan kulit perut adalah antara penyakit-penyakit bahaya akibat tabiat merokok.
- Kehidupan yang lebih sihat - Mereka yang tidak merokok kurang mendapat batuk, selsema dan lain-lain penyakit pernafasan berbanding dengan perokok.
- Mencegah daripada mendatangkan keburukan kepada orang lain - apabila anda merokok, ia memberi kesan kepada orang di sekeliling anda, di mana asap rokok tersebut boleh mendatangkan serangan asma dan lain-lain penyakit berkaitan dengan pernafasan.
- Menjadi contoh yang baik terutama untuk keluarga dan anak-anak.
- Meningkatkan tahap kecergasan dan memiliki badan yang sihat.
- Meningkatkan deria bau dan rasa.
- Memiliki gigi yang putih dan nafas yang segar.
- Rambut dan pakaian tidak berbau asap rokok.
- Menjimatkan wang - Labur wang anda berbanding membeli rokok (RM5.00 sehari, pelaburan =RM 150.00 sebulan = RM 1800.00 setahun. Jika anda melabur untuk 10 tahun, anda sudah mempunyai RM18,000.00 dalam akaun simpanan anda).
- Melindungi alam sekitar - Puntung rokok dibuang oleh perokok boleh menyebabkan kebakaran.
- Meningkatkan kesuburan.
- Meningkatkan tahap 'kelakian'.
(4.)Bagaimana hendak berhenti merokok? .
- Tetapkan tarikh untuk berhenti.
- Yakin diri
- Buatkan nota peringatan.
- Katakan pada diri anda "saya bukan perokok".
- Sentiasa berfikiran positif.
- Dapatkan sokongan.
- Gunakan terapi penganti nikotin.
- Amalkan 12M untuk berhenti merokok.
(5.)Teknik berhenti merokok
*.Melengah-lengahkan
- Tunggu 5 minit atau katakan nanti sebentar.
* Menarik nafas panjang
- Tarikh nafas 3 kali secara perlahan-lahan.
*Minum air
- Terutama air masak. Elakkan minuman berkafein.
* Menyibukkan diri
- Buat sesuatu bagi mengalih fikiran dan untuk melupakan rokok.
* Menjauhkan diri
- Jauhkan diri daripada orang yang merokok.
* Mengelakkan diri
- Daripada suasana atau situasi yang mendorong kepada merokok.
* Mengunyah sesuatu
- Seperti gula-gula getah dan memakan buah-buahan. Elakkan sesuatu yang manis.
* Membasuh tangan selalu
* Mandi dengan kerap
* Meregangkan otot
- Lakukan senaman regangan apabila rasa mengantuk.
*. Meditasi
Saturday, 19 November 2011
ikan pari tomyam bakar
![]() |
| abaikan teknik gambar yg kurang jelas.hikhik |
BAHAN-BAHAN YG DIPERLUKAN
1INCI HALIA
3 ULAS BAWANG MERAH
1 ULAS BAWANG BESAR
3 BATANG CILI (kalau nak pedas lebihkan)
1 BATANG SERAI
2 ULAS BAWANG PUTIH
1 BIJI TOMATO SAIZ KECIL
(KESEMUA BAHAN DIATAS DIKISAR)
+
1 PEKET PES TOMYAM
cara membuatnya tersangat lah senang,bahan-bahan yg dikisar td dicampurkan sekali bersama 1 peket pes tom yam dan digaul rata selepas itu masukkan garam 1/2 sudu kecil jgn banyak sbb pes tomyam td dah ada rasa masin.setelah selesai lumurkan rata bahan2 campuran td ke atas ikan. oke sedia untuk dibakar.opsss lupa sukatan nie sy guna utk 3 ekor ikan pari.
**kaedah pembakaran: bakar diatas dapur gas menggunakan kuali tertutup@microwave pun boleh
selamat mencuba
Friday, 18 November 2011
ketenangan
assalamualaikum
ps:air hujan dah mengalir sy undur diri dulu nak cari tempah teduh kang hujan opis nie nanti...wink wink
alhamdulillah
arini hati terasa amat tenang,rasanya nikmat sekali.dari bangun pagi td sy rasa jiwa & minda saya tersangatlah tenang.dalam duk rasa gelora dihati sejak dua tiga menjak nie,harini saya bangkit dengan penuh semangat dengan keredhaan padaNYA...mungkin keberkatan ari jumaat n hadiah dariNYA buat saya.alhamdullilah.syukur atas semua nikmatmu
arini gak bermula nya cuti sekolah,buat mama inilah tahun terakhir perkhidmatannya sebagai pendidik setelah hampir 32 tahun berkhidmat sebagai guru.sebenarnya tamatnya khidmat mama sebagai guru adalah berita yang sy amat nantikan.Bukannya kenapa setelah pemergian papa tersayang,mama segalanya bagi kami. tempat mengadu,tempat berbahas,tempat mengumpat,tempat menangis,tempat kewangan n termasuklah tempat berkongsi kisah cinta kami. segalanya mama.
so bila mama pencen ini bermaksud bolehlah kami bawak mama tinggal bersama,tak perlu risau lagi jika sakit demannya di malam hari, makan@tidak mama arini,apa yang mama makan arini,apa cerita yg mama nak kongsi arini sbb kalau kat kg mama akan duk sorang2 perkara nie amat merisaukan kami.Kalau seharian tidak mendengar suara kerisauan pasti bergetar.
buat mama terima kasih untuk segalanya..mungkin ketenangan yg sy dapat harini kiriman doa yang mama panjatkan buat daku.terima kasih mama utk segala pengorbanan & kesabaran mu.
Subscribe to:
Posts (Atom)






