Showing posts with label moment to remember. Show all posts
Showing posts with label moment to remember. Show all posts

Sunday, 8 January 2012

Tahun Baru @cameron highlands II

lokasi kejadian @ Hotel rosa passadena
Event : Candle Light Dinner 
Menu: Steamboat
master chef,hikhik
periuk steambot nyer

bahan---main dish yang nak dimasukkan kedalam sup,sebenarnya hidangan ini boleh makan dalam 4 orang tapi kami bantai makan berdua sampaikan mengah nak habiskan RM 50 bagi 2 set bagi saya berbaloi
 
eceeeeh, lastly sila jangan muntah hokeh.wajah kekenyangan kami.
thanks a lot BY belanja makan steamboat ,bawak jalan-jalan & segalanya

Friday, 6 January 2012

Tahun Baru @cameron highlands

assalamualaikum semua


kali nie saya nak bercerita pasal percutian kami sempena tahun baru aritu,disebabkan BY dapt cuti extra 1 hari so kami decide mau pergi bercuti2. tempat yang nak pergi mmg banyak...sbb dalam hati saya mahu ke P.Pinang tp en.suami cakap better kita pergi Cameron Highland sempena ulangtahun perkahwinan kami yang bakal tiba, so ini dikira advance celebration la  yerks BY...tempat pertama kali kami pergi selepas sah bergelar suami isteri. okey jom kita layan gambar jer hokeh




sbb kami dari arah Simpang Pulai so harus amik landmark ini...separuh pun jadi lah baru perasaan 
so cepat2 capai kamera ada kete plaK kat belakang so xsempat nak berhenti untuk take proper Pict,
nevermind itu tanda harus pergi lagi yerk BY 


hah nilah hotel tempat kami booking dimasa kejadian ,HoteL RAinbow sangat setia tau kami. kali pertama pergi pun kami sewa hotel ni gak,so selepas tgk dia punya segala kemudahan yang oke dah kedai makan pun sekeliling kawasan tu jer tambahan pulak kalu nak p pasar malam jalan kaki pun dekat.
sesampai nya kami lepas check in hotel kami terus menuju ke ladang teh dekat tanah rata,ini juga lawatan ke 2 kami .haritu datang kami tak turun sbb dah penat just singgah minum Tea  & makan Cheese cake jer tapi kali nie kami gagah kan hati untuk turun gak walau keadaan tanah agak licin sbb cuaca hujan..Abaikan gaya saya yang macam GAYA HANTU tu okeh,(BY yang cakap,huh tapi hantu manis kan BY)





hihikhik reason kuat nak turn gaks salah satu yer sbb nampak waterfall,sangat cantik dari kejauhan. lagi-lagi  dengar air yang mengalir itu cukup membuat hati memberontak nak turun so walau hujan kami turun gaks
dah turun aper lagi main air lah,dah dapat permission saya pun tanpa banyak cakap terus  turun..air dia tersangat-sangat sejuk,sampaikan rasa nak mandi & duduk dalam air tu tapi sadisnya tak bawak seluar lain.hukhuk.






Destinasi ke 2kami ke sini  plak,uishhh ada model encem la plak.hikhikhik..okay tujuan utama ke sini sebab nak makan aiskrim strawberry Malaysia, yang sangat sedap yummmmm yummm yummm.tp emmm sampai jerk parking penuh so kami kene parking jauh skit la, xper lah asal dapat makan aiskrim nya cukup,siap beli extra lagi untuk makan kat hotel..tempat nie sebelah dengan Rumah Persekutuan. 





























yang kat atas ni ada beberapa pict yang di ambil,saya budak baru belajar so cara tangkapan tu sedikit  tidak nampak seninya lagi.  






oklah setakat ni dulu yerk,nanti i cite pasal candle light dinner kami plaks......
will be continue,taddaaaaaa


Wednesday, 4 January 2012

Friday, 23 December 2011

cerita kawan baik

assalamualaikum

Jumaat yang penuh keberkatan & minggu ni jugak kita bakal berhujung minggu yang panjang sempena perayaan Hari Natal. bila dah dipenghujung tahun ni semua orang mesti duk semak  wishlist @ perancangan  tahun nie yang belum tercapaikan dan saya dah buat semakan ,nampaknya ada beberapa benda gaks yang tak terlaksana tapi tak per akan di 'forward' untuk misi tahun depan.dan harapannya bila dah di 'forward' ni saya kene gigihkan usaha lagi dengan harapan tak der yang ter 'forward' untuk tahun seterusnya plak.hikhikhik.

Actually yang saya nak cerita sangat arini adalah pasal kawan baik,semua orang mesti ada kawan baik masing-masing kan.tempat simpan rahsia, tempat nak nangis-nangis,nak gelak besar,nak cerita benda yang karut-marut,nak cerita kisah kita jatuh cinta, even tempat nak ngadu 'awk perut saya buat hal lagi la,nak berak susah' mihahaahaha. tapi dengan jujur saya cakap lepas pemergian arwah kawan baik saya,saya tak pernah ada org lain mampu menggantikan dia. Iaitu arwah Akmal Idayu. dah 2 thn lebih dia pergi tapi setiap kenangan masih ada dalam kotak memori hidup saya.

boleh dikatakan saya tak pernah berahsia apa pun dengan arwah,kami kenal  dari form 2 masa tu kami 1 kelas sampai lah dia dapat tawaran ke sekolah lain masa form 4 and kami berpisah. walau dah tak 1sekolah kami masih lagi berhubung. tapi bila dah di universiti kami bersatu kembali walaupun berlainan kursus & kami jugak bukan roomate tapi bilik dia adalah tempat wajib untuk saya pergi merayap, melantak & bergosip.wink wink. bukan pegi study idop, hikhik.lain course mcmana nak study sama.alasan.kahkahkah.

bila dah habis belajar saya merantau ke KL,tapi masa tu arwah masih sambung belajar but kami still berhubung.tepon itu harus & msg lg lah wajib ada jer benda yang nak ceritakan. even nak bgtau 'awk,hari ini budak tu msg saya.waaaa suka2' tapi itu semua dah kenangan.saya dah tak der dia untuk bercerita macam tu. even sekarang ada suami tempat bercakap n berkongsi suka duka tapi saya rindu dengan gelak tawa n senyum kawan baik say,  bukan kami tak pernah bergaduh @ selisih faham sentiasa ada tapi dia kawan baik saya macammana end ups setiap hubungan kami kami still baik-baik.arwah jugak org yang tahu kisah cinta kami suami isteri. sesungguhnya saya rindu dia sangat-sangat. setiap kali balik kg n lalu depan kampung arwah saya mesti sedekah Al-Fatihah buat arwah,tu jer hadiah yang mampu saya iring sebagai hadiah persahabatan kami.

Dua bulan terakhir sebelum pemergiannya, kami ada keluar jalan-jalan sama2 & nie1st time saya bawak kete n saya pick up arwah depan simpang umah arwah. Arwah ngadu yang dia selalu sangat sakit-sakit urut sekarang ni dan dah tak boleh makan yang makanan sejuk-sejuk.sebab akan rasa lemah.masa besday saya pun dia macam biasa akan wish besday tapi bukan 1 msg saya dapat dipagi-pagi hari itu tapi dua yang sehingga kini saya masih simpan. bila arwah masuk wad, arwah langsung tak bagitau saya,saya tahu pun dari abg arwah. alasan arwah bagi dia tak mau saya risau lagipun saya baru masuk kerja & dia sihat-sihat jer.sehari sebelum saya balik untuk melawat dia dekat hospital,saya dapat telepon dari adik arwah yang mengatakan arwah tenat & koma tapi saya balik gak kg berada disebelahnya yang koma saya harap dia tahu saya datang,saya sentuh dia dan saya cakap 'saya balik ayu,dan awk mesti kuat sbb saya tunggu awk' bacakan yasin untuknya  tapi ada satu sms yang sangat menyentuh hati saya yang dia hantar masa dia kat hospital yang sebelumnya saya tak tahu pun dia di hospital(sebelum abg dia bgtau yang ayu masuk hospital)

                   'bila awk nak balik,saya rindu la'

percaya atau tidak,sms tu adalah pengubat rindu saya selain gambar saya bersama arwah ketika kami di tingkatan 3. saya terkilan tak sempat cakap ngan arwah sebelum arwah pergi tapi saya redha sebab saya tahu Allah sayangkan arwah & dia bahagia disana.untuk awk ayu

                                                           ayu saya rindu awk.saya dah kahwin dengan budak yang takut nak luah
                                          perasaan kat saya tu.budak yang kata dia tunggu saya banyak tahun tapi tanpa
                              beri apa-apa hint.kahkahkah. budak yang selalu jadikan awak tempat dia bercerita pasal saya.hihihi.kami bahagia ayu tapi kami belum ada junior kami.Allah bagi kami honeymoon dulu kot nie.
saya still tak dapat kerja tetap lagi,dulu saya kat kl lepas dlm 2 minggu awk tinggalkan saya,saya dapat kerja balik kerja kelantan n saya balik untuk dekat ngan mama saya.sekarang saya kat KL plak dpt offer keje cni tp hujung bulan nie kontrak dah habis n saya akan jadi job hunter lagi.ayu,mama saya dah nak pencen tahun depan tinggal 1 bln lg.
banyaknya saya nak cakap kat awk nanti awk datang lagi dalam mimpi saya ok.tapi kalu saya tak cerita pun saya tahu awak mesti tahu kisah saya kan sbb awk KAWAN BAIK SAYA SELAMANYA.

AL-FATIHAH BUAT ARWAH KAWAN BAIKKU
AKMAL IDAYU.



Tuesday, 13 December 2011

sinopsis 3 hari cuti

assalamualaikum

semua sihat?saya sedikit lemau didalam badan disebabkan cuti yang panjang & aktiviti bersama family yang sangat padat tapi sangat menhiburkan.bagi kami yang kerja sekitar selangor kerana hari isnin kami masih bercuti sempena Hari Keputeraan Sultan Selamgor yang jatuh pada hari ahad.cuti 3 hari pun dah lemau,hukhuk.saya sangat lembikkah?

aktiviti pertama saya bermula dari pagi sabtu lagi, selepas menghantar en.suami ke tempat kerja saya meneruskan pecutan menuju ke dengkil. planning asal mahu ke Nilai tapi berpaling arah disebabkan desakan keperluan(eeeceeehhhh xdop la serius pun) cuma kakak ku yg sulong mau mencari baju mengandung yang baru almaklumlah kali ini pregnant twin so baju baru harus dicari, kami ker Jusco Puchong.so bergeraklah kami ke situ dengan 1 kete saja..jimatkan kos minyak & ruang parking jusco..muhahhaha yang sebenornya saya idop tahu jalan kesana so naik jerlah 1kete n kakakku yang drive.dum dam dum dam disana selama 4jam,setelah segala bagan jeritan n amukan kanak2 dengkil akibat kengantukan,kepanasan & keletihan akhirnya kami bergerak pulang dengan misi kesana berjaya.

aktiviti kedua dihari ahad pula kami (By, mama & shuteh & diriku) bergerak ker Shah Alam.(mlm tu mama tido umah saya.hoyeeee) Destinasi pertama adalah Pasar Tani Shah Alam,lama tak lama 2jam gak kami berfoya-foya disana. pusing semua gerai-gerai jualan keadaan cuaca yang tidak panas sedikit memberi keselesaan pada kami untuk meronda-ronda walau pun hujan kadang-kadang mengalir turun.selepas siap satu seisi PTSA kami bergerak ke Tasik Shah Alam untuk makan-makan,menu wajib By haruslah kambing golok,mama plak makan char kuew tiaw, my sis kuew tiaw kerang & saya kebab daging menu orang diet.keh keh. selepas siap semua mengisi perut masing-masing kami ker Plaza Alam Sentral ni pun pilihan ke-2 selepas tukar plan dari nak ker Taman Pertanian Shah Alam sbb nya cuaca macam nak hujan so ubah plan kita ukur mall jer lah :)). benyak gak barang yang berjaya dirembat tapi mengikut keperluan & budget jugak..

aktiviti ke 3 di hari isnin plak kami berombak rindu n happy feet untuk kanak-kanak dengkil tengok kat Alamnda dekat n jimat masa, kak long ku yang booking ticket. untuk ombak rindu saya hanya berdua ngan my sis jer sementara long & anak2nya beserta mama che ber 'happy feet'...kami masuk 10 min lewat tapi xperlah rasa tak banyak yang kami tertingal scene nya. bagi ombak rindu perjalanan cerita nya agak lamabat pada permulaan cerita,agak boring pada minit2 terawal sehingga lah dipertengahan cerita barulah rasa jiwa turut sama masuk kedalam cerita...okeh untuk ombak rindu saya bagi 3.8 /5 sebab saya rasa saya lagi suka Nur Kasih(sowi guys,pandangan masing2 kan)

soberkahirlah cuti2 saya, amat-amat terisikan....lagi fun sebab dapat buat aktiviti bersama keluarga. cuma By la ada antara tempat yang kami pergi dia xdapat join sama disebabkan tuntutan kerja.

ps: 1 pict pun x tangkap,kami lupa bawak kamera.satu kerugian disitu

Wednesday, 7 December 2011

wordless wednesday: rindu detik ini

ukur mall bersama-sama
sama-sama konvoi ke kenduri nun jauh di johor
malam terakhir sebelum perpisahan kita
mengiringi zulia dihari bahagianya
kita yang tak pernah jemu tunggu bas :))





buat kawan2 ku sekalian,terima kasih atas segala kenangan-gurau senda,senyum tangis,hilai tawa, senyum & masam muka.semua itu cukup memberi seribu satu kerinduan & detik yang mungkin kita tidak akan alami lagi.semuanya kerana tuntutan perjalanan hidup.buat kalian semoga berjaya dalam bidang yg diceburi serta bahagia dengan kehidupan yg dilalui.

al-fatihah jua buat arwah fazidah atikah,moga dikau tenang & damai disana



Tuesday, 22 November 2011

falling in love again

assalamualaikum

apa kahabar semua?u olss ok tak arini....sy arini rasa sangat termotivasi, sejak -sejak saya dapat rasa ketenangan (entri lepas ada cite) sy dah banyak fikir positif and redha dengan perjalanan hidup saya, nikmatnya amatlah  berharga.alhamdulillah.

Dan pagi-pagi td bila ada masa lapang jap dr keje sy terbaca blog kak hannah (thank you yer) pasal cara kekalkan kemesraan dalam perkahwinan. Hati terasa bagai jatuh cinta dari hari pertama sy melihat en.suami.hihihi.walau usia perkahwinan masih lagi baru tp banyak pahit, manis,masam,masin, payau kami telah lalui. kami berkenalan sejak di bangku sekolah, satu sek,satu kelas tp berbeza kepintaran :))off course la yang lg pintar adalah en.suami bkn sya.muhahhaha. 

Perkenalan yang panjang tp tidak membawa kepada bibit percintaan, masing2 mengejar cita-cita. walau bisikan lamaran tersirat ada dalam setiap kali perbualan namun hati sy tetap mengatakan belum masanya lagi.sebab itulah janji sy pada diri sendiri,sebelum menerima org lain dalam hidup sy harus penuhi impian & syarat2 sy sendiri dulu. keputusan untuk berkahwin hanya mengambil masa  9 bulan dari lamaran percintaan dan kami terus mengikat tali pertunangan  dan seterusnya ke gerbang perkahwinan.

Walaupun perjalanan membina kelurga yang baru bermula,ada ketika tidak dapat menerima hakikat perlakuan,perangai n cara dia menyampaikan rasa sayang seperti yg kita impikan @ angan2kan tp itulah realiti alam perkahwinan. setiap jam, setiap minit, setiap saat , setiap hari, setiap minggu,setiap bulan diari kehidupan kita bersamanya.bagi saya setiap kali terasa kekecewaan sy akan igt perkara2 gembira yg kami pernah lalui & harungi bersama. Bagi saya ikatan perkahwinan bukan lah sesuatu yg membebankan tapi ianya adalah 1 perkongsian pembelajaran bagi kehidupan bersama....peringatan utk diri sendiri sama.






ps://berharap & berdoa moga perjalanan rumahtangga kami sentiasa dibawah keberkatanNYA dan berkekalan hingga ke akhir hayat

Wednesday, 10 August 2011

terima kasih penaja

assalamualaikum & selamat sejahtera

dah seminggu balik baru nak bercerita, kali nie kita cerita pasal honeymoon ke-2 kami, tak jauh pun kami pergi dalam malaysia gak..perjalanan mengambil masa lebih kurang 1 jam, kami bertolak kedestinasi yang dituju lepas jer waktu keje,jimat masa tak payah nak amiek cuti. 
sepanjang perjalanan jalan agak sesak mybe sbb weekends esok nya n org ramai nak balik kg kot. by bwk perlahan jerr sebab petang kata nya ngantuk.

aku sebagai co-pilot dilantik untuk baca signboard,sajer jer xbg shaye rehat.hikhik
as a co-pilot yang sangat berjaya shaye berjaya memberi arahan yang tepat n kami sampai ke destinasi yang dituju Port Dikcson, memandang hari dah beransur gelap kami 
bergerak terus menuju ke Hotel yg ditaja
mak cik dah sampai..yehaaaaaaaaaaa

lepas park kete kami terus ke kaunter utk check in,masa tu kwan by dah tunggu kat lobi hotel.dia sampai awl lg dah siap mandi pool n mandi pantai ngan anak2 dia.lepas tu kami terus gerak cari blik kami...

pict from google


.fuhhhh suka2 tp unlike dia punya lantai,naper laa mozek dia kasar n petak2 besar.masuk toilet dia sangat cantik, by plak senyum jer tgk toilet suka la tu sbb ada air panas (darak laki i,muaahahaha ampun by  ).

dah mandi semua kami turun ke lobi sbb razman n kak siti family's dah tunggu kat lobby...vrommmmmmmmmmm kami pergi makn(pics makan xder,lupa amek sbb dah lapa sangat) 
ok jom kita layan gambar sepanjang disana tp xbanyak la,bleh la buat kenangan :)
view dr blik kami




verangan eks che abg shayang

luv this pic





opsss hampir lupa percutian kami sebenarnya atas tajaan company by, atas tiket hari keluarga. 4 family jer yang pegi sbb staff lain dah bwk melancong ke korea..semua bawak anak kami jer berdua, insyallah ada rezeki kami bawak junior kami on next holidays

ps:// arini dah puasa ke 9,lets thinks menu nak masak plak