Showing posts with label my mom. Show all posts
Showing posts with label my mom. Show all posts

Wednesday, 18 January 2012

HAppy Besday mama





oke hari ini besday mama tersayang, tiada kata yang mampu di ucapkan atas setiap jasa & pengorbanan mama. menjadi ketua keluarga selepas ketiadaan papa.sesungguh saya kagum dengan setiap pengorbanan dan perjuangannya. mama akan selalu ada tika kami susah / senang,kata-kata semangat tak akan pernah putus dari bibirnya memberikan sokong buat kami.terima kasih ma,untuk segala-galanya.

Friday, 25 November 2011

masanya sudah tiba

assalamualaikum

pagi jumaat yg penuh keberkatan..hari yg amat dinanti-nantikan,  masa jejari comel ini tgh menari-nari girang.my mom actually dah kat airport KB,penerbangan jam 915 am & yg pasti ketibaan mama nanti akan disambut oleh askar2 dengkil n si comel princess dengkil.

lg la heaven bila minggu nie cuti sampai ari isnin sempena Awal muharam,so bleh la cuti2 malaysia minggu nie.nak pergi mana yer,bleh bwk mama jalan-jalan sama..oke selamat berhujung minggu buat semua,buangkan segala bebanan kerja buat sementara waktu okeh luang masa yang berkualiti bersama keluarga anda.bye bye


Friday, 18 November 2011

ketenangan

assalamualaikum

alhamdulillah
arini hati terasa amat  tenang,rasanya nikmat sekali.dari bangun pagi td sy rasa jiwa & minda saya tersangatlah tenang.dalam duk rasa gelora dihati sejak dua tiga menjak nie,harini saya bangkit dengan penuh semangat dengan keredhaan padaNYA...mungkin keberkatan ari jumaat n hadiah dariNYA buat saya.alhamdullilah.syukur atas semua nikmatmu

arini gak bermula nya cuti sekolah,buat mama inilah tahun terakhir perkhidmatannya sebagai pendidik setelah hampir 32 tahun berkhidmat sebagai guru.sebenarnya tamatnya khidmat mama sebagai guru adalah berita yang sy amat nantikan.Bukannya kenapa setelah pemergian papa tersayang,mama segalanya bagi kami. tempat mengadu,tempat berbahas,tempat mengumpat,tempat menangis,tempat kewangan n termasuklah  tempat berkongsi kisah cinta kami. segalanya mama.

so bila mama pencen ini bermaksud bolehlah kami bawak mama tinggal bersama,tak perlu risau lagi jika sakit demannya di malam hari, makan@tidak mama arini,apa yang mama makan arini,apa cerita yg mama nak kongsi arini sbb kalau kat kg mama akan duk sorang2 perkara nie amat merisaukan kami.Kalau seharian tidak mendengar suara kerisauan pasti bergetar.

buat mama terima kasih untuk segalanya..mungkin ketenangan yg sy dapat harini kiriman doa yang mama panjatkan buat daku.terima kasih mama utk segala pengorbanan & kesabaran mu.




ps:air hujan dah mengalir sy undur diri dulu nak cari tempah teduh kang hujan opis nie nanti...wink wink

Tuesday, 25 October 2011

love my mama

kasih ibu yang tiada hujungnya....
sentiasa memikirkan yang terbaik buat anak-anaknya,
tiada istilah penat, letih n jemu dalam penjagaannya,
biar hati dirundung duka namun hati anak sentiasa digembirakan,
walau tangis dalam penghidupan huluran kemanisan buat anak-anak tetap dituturkan,

baginya kehidupan yang sempurna buat anak-anak adalah satu kepuasan
dalam tanggungjawabnya
biar sesusah mana pun peluh keringat yang mengalir hati ibu tidak 
pernah busuk untuk anak-anaknya
tangan tua tidak pernah bosan membelai tubuh permata hatinya
mulut mungil tidak pernak lekang akan doa buat anak-anaknya,

buat mama walau sejauh mana jarak memisahkan kita,
walau sesibuk mana pun perjalanan kehidupan ku,
namun setiap rona dan tutur katamu  sentiasa ada dihatiku,
kerna engkau lah kekuatan ku dalam merentasi penghidupanku.


sumber google