Monday, 21 November 2011

setiap sedutan membawa padah

assalamualaikum

baca entri kat atas mesti dah ada yang faham kan,bagi mereka yang tegar semestinya slogan nie memang diketahuinya. sebenarnya sy sendiri tidak suka dengan segala jenis asap tidak kira lah asap kenderaan, asap pembakaran,asap kilang,asap rokok atau segala nama asap lagi.sebab segala asap nie boleh buat saya sakit kepala.nasib baik nasib baik en.suami  dah tak merokok sekarang,sebab berhenti pun sebab ianya adalah syarat utama untuk sy terima dia.hihihihi,bijakkn sy :)

sy tahu bukan senang nak berhenti merokok,melalui perhatian saya & pengalaman en.suami ,tiap petang dia akan mula rasa nak deman,suhu badan akan meningkat dan mood akan sedikit merudum. so sebagai yg tersayang sy selalu bagi bg semangat kat e.suami. ok lah tak payah nak ke laut sgt kat sini sy nak share sedikit info yg sy baca  dari Bahagian Pendidikan Kesihatan. jom baca utk perkongsian

(1.) Fakta Membimbangkan Akibat Merokok
  • 50% dari golongan lelaki di Malaysia adalah perokok.
  • Di Kuala Lumpur, nisbah antara perokok lelaki dan wanita di bawah umur 30 tahun adalah 5:1.
  • Kadar merokok dari golongan remaja dan wanita semakin meningkat.  25% dari pelajar sekolah berumur 15 tahun ke atas pernah mencuba merokok dan 70% dari kumpulan ini akan menjadi perokok apabila meninggalkan bangku sekolah.
  • 60-75% dari asap rokok akan disedut oleh orang yang tidak merokok.
  • Hanya 50% perokok akan dapat menjangkau umur 70 tahun.
  • Rakyat Malaysia membelanjakan RM1.5 bilion setiap tahun untuk membeli rokok. 

(2.)Mengapa harus berhenti merokok?
  • Merokok memberi keburukan kepada semua individu Ia tidak memberi kebaikan kerana:Merokok memberi kesan buruk kepada orang di sekeliling anda terutama ahli keluarga.
  • Ibu yang mengandung boleh melahirkan anak tidak cukup bulan, kurang berat badan atau mati selepas lahir.
      • Kanak-kanak yang terdedah kepada asap rokok boleh:
      • Sering sakit dengan mengalami batuk-batuk, selsema serta jangkitan telinga, hidung dan tekak.
      • Mengalami perkembangan paru-paru yang lemah.
      •  Mendapat asma.
      tengok apa ada dalam rokok,gile kuasa bahaya
      (3.)Apakah faedah yang diperolehi dengan berhenti merokok?
      • Panjang umur - Satu dari dua perokok akan mati lebih awal disebabkan penyakit berkaitan merokok. Merokok membunuh hampir 5 ribu rakyat Malaysia setiap tahun.
      • Mengelakkan dari bahan-bahan berbahaya - Asap rokok mengandungi hampir 4,000 bahan kimia dan 50 daripadanya boleh menyebabkan kanser.
      • Mencegah penyakit - Hampir 40 jenis penyakit yang berkait dengan merokok. Kanser paru-paru, sakit jantung, penyakit paru-paru yang kronik,strok dan ulser di bahagian lapisan kulit perut adalah antara penyakit-penyakit bahaya akibat tabiat merokok.
      • Kehidupan yang lebih sihat - Mereka yang tidak merokok kurang mendapat batuk, selsema dan lain-lain penyakit pernafasan berbanding dengan perokok.
      • Mencegah daripada mendatangkan keburukan kepada orang lain - apabila anda merokok, ia memberi kesan kepada orang di sekeliling anda, di mana asap rokok tersebut boleh mendatangkan serangan asma dan lain-lain penyakit berkaitan dengan pernafasan.
      • Menjadi contoh yang baik terutama untuk keluarga dan anak-anak.
      • Meningkatkan tahap kecergasan dan memiliki badan yang sihat.
      • Meningkatkan deria bau dan rasa.
      • Memiliki gigi yang putih dan nafas yang segar.
      • Rambut dan pakaian tidak berbau asap rokok.
      • Menjimatkan wang - Labur wang anda berbanding membeli rokok (RM5.00 sehari, pelaburan =RM 150.00 sebulan = RM 1800.00 setahun. Jika anda melabur untuk 10 tahun, anda sudah mempunyai RM18,000.00 dalam akaun simpanan anda).
      • Melindungi alam sekitar - Puntung rokok dibuang oleh perokok boleh menyebabkan kebakaran.
      • Meningkatkan kesuburan.
      • Meningkatkan tahap 'kelakian'.
      (4.)Bagaimana hendak berhenti merokok? .
      • Tetapkan tarikh untuk berhenti.
      • Yakin diri
      • Buatkan nota peringatan.
      • Katakan pada diri anda "saya bukan perokok".
      • Sentiasa berfikiran positif.
      • Dapatkan sokongan.
      • Gunakan terapi penganti nikotin.
      • Amalkan 12M untuk berhenti merokok.

      (5.)Teknik berhenti merokok 
      *.Melengah-lengahkan 
      • Tunggu 5 minit atau katakan nanti sebentar.
        * Menarik nafas panjang
        • Tarikh nafas 3 kali secara perlahan-lahan.
        *Minum air
        • Terutama air masak. Elakkan minuman berkafein.
        * Menyibukkan diri
        • Buat sesuatu bagi mengalih fikiran dan untuk melupakan rokok.
        * Menjauhkan diri
        • Jauhkan diri daripada orang yang merokok.
        * Mengelakkan diri
        • Daripada suasana atau situasi yang mendorong kepada merokok.
        * Mengunyah sesuatu
        • Seperti gula-gula getah dan memakan buah-buahan. Elakkan sesuatu yang manis.
        * Membasuh tangan selalu
        * Mandi dengan kerap
        * Meregangkan otot
        • Lakukan senaman regangan apabila rasa mengantuk.
        *. Meditasi
        * Memohon doa
        •  Berdoa agar dikuatkan azam dan tingkatkan usaha untuk berhenti merokok




        usaha tangga kejayaan.cuba perlahan2 anda pasti boleh,anda boleh anda boleh .ingatlah orang tersayang

        No comments: