Thursday, 15 December 2011

setia menanti

assalamualaikum

kisah khamis yang penuh tanda tanya bagi saya. arini dengan mood yang rasa malas nak bawak kereta tapi tetap gagahkan diri gak bawak kete datang kerja sendiri lepas antar By kat site ofisnya..bawak kereta pun macam mengelamun jer,pikiran melayang meninggalkan jasad diri. saya sendiri tak pasti akan aper yang saya fikirkan & saya sendiri perasaan yang saya sekarang sangat kuat mengelamun not verangan hokey :)

banyak perkara yang saya tunggu sebenarnya..yang pasti saya akan terus menunggu dan akan tetap sabar menunggu dan menunggu dengan penuh kesabaran & pengharapan moga saya terus tabah dan kuat untuk melaluinya. buat By sayang thanks for always be by my side.love u dammm much


dan saya tahu DIA Maha Mendengar

Tuesday, 13 December 2011

sinopsis 3 hari cuti

assalamualaikum

semua sihat?saya sedikit lemau didalam badan disebabkan cuti yang panjang & aktiviti bersama family yang sangat padat tapi sangat menhiburkan.bagi kami yang kerja sekitar selangor kerana hari isnin kami masih bercuti sempena Hari Keputeraan Sultan Selamgor yang jatuh pada hari ahad.cuti 3 hari pun dah lemau,hukhuk.saya sangat lembikkah?

aktiviti pertama saya bermula dari pagi sabtu lagi, selepas menghantar en.suami ke tempat kerja saya meneruskan pecutan menuju ke dengkil. planning asal mahu ke Nilai tapi berpaling arah disebabkan desakan keperluan(eeeceeehhhh xdop la serius pun) cuma kakak ku yg sulong mau mencari baju mengandung yang baru almaklumlah kali ini pregnant twin so baju baru harus dicari, kami ker Jusco Puchong.so bergeraklah kami ke situ dengan 1 kete saja..jimatkan kos minyak & ruang parking jusco..muhahhaha yang sebenornya saya idop tahu jalan kesana so naik jerlah 1kete n kakakku yang drive.dum dam dum dam disana selama 4jam,setelah segala bagan jeritan n amukan kanak2 dengkil akibat kengantukan,kepanasan & keletihan akhirnya kami bergerak pulang dengan misi kesana berjaya.

aktiviti kedua dihari ahad pula kami (By, mama & shuteh & diriku) bergerak ker Shah Alam.(mlm tu mama tido umah saya.hoyeeee) Destinasi pertama adalah Pasar Tani Shah Alam,lama tak lama 2jam gak kami berfoya-foya disana. pusing semua gerai-gerai jualan keadaan cuaca yang tidak panas sedikit memberi keselesaan pada kami untuk meronda-ronda walau pun hujan kadang-kadang mengalir turun.selepas siap satu seisi PTSA kami bergerak ke Tasik Shah Alam untuk makan-makan,menu wajib By haruslah kambing golok,mama plak makan char kuew tiaw, my sis kuew tiaw kerang & saya kebab daging menu orang diet.keh keh. selepas siap semua mengisi perut masing-masing kami ker Plaza Alam Sentral ni pun pilihan ke-2 selepas tukar plan dari nak ker Taman Pertanian Shah Alam sbb nya cuaca macam nak hujan so ubah plan kita ukur mall jer lah :)). benyak gak barang yang berjaya dirembat tapi mengikut keperluan & budget jugak..

aktiviti ke 3 di hari isnin plak kami berombak rindu n happy feet untuk kanak-kanak dengkil tengok kat Alamnda dekat n jimat masa, kak long ku yang booking ticket. untuk ombak rindu saya hanya berdua ngan my sis jer sementara long & anak2nya beserta mama che ber 'happy feet'...kami masuk 10 min lewat tapi xperlah rasa tak banyak yang kami tertingal scene nya. bagi ombak rindu perjalanan cerita nya agak lamabat pada permulaan cerita,agak boring pada minit2 terawal sehingga lah dipertengahan cerita barulah rasa jiwa turut sama masuk kedalam cerita...okeh untuk ombak rindu saya bagi 3.8 /5 sebab saya rasa saya lagi suka Nur Kasih(sowi guys,pandangan masing2 kan)

soberkahirlah cuti2 saya, amat-amat terisikan....lagi fun sebab dapat buat aktiviti bersama keluarga. cuma By la ada antara tempat yang kami pergi dia xdapat join sama disebabkan tuntutan kerja.

ps: 1 pict pun x tangkap,kami lupa bawak kamera.satu kerugian disitu

Thursday, 8 December 2011

sembelit & chiko

assalamualaikum...

macam bestfriend plak buat tajuk 'sembelit & chiko' kam kam ..hikhik. sebenarnya masalah sembelitnya nie xselalu sgt menyerang tp dalam tahun nie amat kuat skit ianya datang menghinggapi.hikhik.tp yang sesungguhnya saya amat suka bila sakit perut menyerang sebab kalau sakit perut yg menyerang saya masih lg dapat bergiat aktif, boleh datang ofis, boleh keluar untuk shopping(kalu tang ni terus tak sakit :D) tapi saya sangat kalah & lembik bila sy fening terus satu badan jadi lemah & tak bermaya n mood manja kededek pun datang.sampai tahap kalu ada yang bertanya khabar pun saya boleh menangis..itulah saya,peneraju kilang airmata dunia.muhahahaha.

ok kembali pada topik,kali ini sembelit datang menyerang dengan agak lama dah 5 hari saya tak membuang. makan pun agak tidak berselera,cepat rasa kenyang n mual tp sakit perutnya idok cuma rasa xselesa dibahagian perut,mungkin sebab tiada rangsangan nak membuang kot, hikhik.khuatir ianya akan memberikan kesan negatif pada badan tercinta so saya ada bertanya kawan2 cara nak pulihkan dari sembelit nie selain itu saya juga ada gak cari maklumat dekat internet n caranya gak berhasil sampai akhirnya arini saya selamat melepaskan dia pergi.hahahha..geli laaaa

berpeluh dengg
now let check out sebab-sebab mr.sembelit datang menyerang kita:
Kurang serat dalam diet.
• Kurang aktiviti fizikal (terutamanya di kalangan warga tua).
• Pengubatan.
• Susu.
• Sindrom gangguan semasa pembuangan air besar (Irritable bowel syndrome).
• Perubahan dalam kehidupan yang rutin seperti mengandung, penuaan dan
   pengembaraan.
• Penyalahgunaan julap.
• Menahan untuk membuang air besar.
• Kekurangan air.
• Penyakit atau keadaan tertentu seperti strok.
• Masalah dengan kolon dan rektum.
• Masalah dengan fungsi usus (sembelit kronik yang secara tiba-tiba dan tanpa sebab.

pencegahan dari mr. sembelit datang menyerang:
Makan pelbagai jenis makanan. Makan banyak kekacang, bijirin penuh, buahan segar dan
sayuran.
• Minum banyak air.
• Lakukan senaman secara berkala.
• Jangan menahan untuk membuang air besar.
• Ketahuilah yang tabiat membuang air besar yang normal adalah berbeza mengikut
individu.
• Sekiranya tabiat membuang air besar anda berubah, dapatkan pemeriksaan doktor anda.

banyakkan makan buah & sayur okeh
.
.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


ps: kalau rutin kita membuang air besar (berak) lari dari jadual itu juga satu petanda yang tak baik dalam sistem badan kita okeh..so jangan pandang remeh isu idok berak nie orait.


Wednesday, 7 December 2011

wordless wednesday: rindu detik ini

ukur mall bersama-sama
sama-sama konvoi ke kenduri nun jauh di johor
malam terakhir sebelum perpisahan kita
mengiringi zulia dihari bahagianya
kita yang tak pernah jemu tunggu bas :))





buat kawan2 ku sekalian,terima kasih atas segala kenangan-gurau senda,senyum tangis,hilai tawa, senyum & masam muka.semua itu cukup memberi seribu satu kerinduan & detik yang mungkin kita tidak akan alami lagi.semuanya kerana tuntutan perjalanan hidup.buat kalian semoga berjaya dalam bidang yg diceburi serta bahagia dengan kehidupan yg dilalui.

al-fatihah jua buat arwah fazidah atikah,moga dikau tenang & damai disana



Monday, 5 December 2011

doakan saya

assalamualaikum

harini saya ada interview lagi..mintak kalian doakan saya sama yerk,berharap sangat lah dapat utk keje nie.company nyer agak mantap.sangat berharap agar semuanya dipermudahkan DIA..... tipulah kalu saya tak berharap pada setiap kali adanya interview,harapan yang tinggi selalu ada, dan saya mengharapkan yang terbaik atas setiap percaturan-NYA.ameen

Saturday, 3 December 2011

HAPPY FEET

Assalamualaikum


yer kami baru blik dari tengok cerita ni,asalnya nak tengok OMBAK RINdu tp tiket dah habis kalu nak tengok gak kene tunggu yg kul 1230 a.m so tukar plan lagi pun kesayangan tak sihat sgt.


happy feet bagi saya cerita sangat fun,masa kat panggung tadi penuh dengan mummy & daddy yang bawak anak-anak almaklumlah cuti sekolah. okeh untuk HAppy FeEt sy bg 5 bintang, fuhhh banyak tu hikhik haruslah sebab sepanjang dalam pangggung tadi kami asyik senyum n gelak jer.oktak payah cerita banyak-banyak, sapa-sapa yang nak tengok pinggu-pinggu menari,menghasilkan idea,bekerjasama dan semangat kekeluargaan kene layan cite nie okeh tp ombak rindu masih dalam list nak tengok.wink wink






Friday, 2 December 2011

kelebihan Surah Yasin

assalamualaikum

harini sy nak kongsi apa yang saya jumpa ,harap ianya memberi manfaat buat semua & pertambahan ilmu buat saya. terima kasih kepada sumber
Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud: “Bacalah surah Yasin kerana ia mengandungi keberkatan.” Iaitu:
  1. Apabila orang lapar membaca surah Yaasin, ia boleh menjadi kenyang.
  2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.
  3. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.
  4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.
  5. Jika terpenjara akan dibebaskan.
  6. Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.
  7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.
  8. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan siksanya.
  9. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.
  10. Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya.
  11. Rasulullah S.A.W bersabda: “Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati al-Quran itu ialah Yasin. Sesiapa membaca surah Yasin, nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca al-Quran sebanyak 10 kali.”
  12. Sabda Rasulullah S.A.W lagi: “Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah Yasin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya.”
  13. Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yaasin sehingga datang Malaikat Redwan dari syurga membawa minuman untuknya. Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.
  14. Rasulullah S.A.W bersabda selanjutnya: “Sesiapa bersembahyang sunat dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yaasin dan rakaat kedua Tabaroka. Allah jadikan setiap huruf cahaya di hadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya di tangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya tetapi sesiapa yang meragui keterangan ini, dia adalah orang-orang yang munafik.          


sumber: http://nurani-alam.blogspot.com    *

Thursday, 1 December 2011

lagi 15min

assalamualaikum

hihi masa kerja harini dah  sampai ke penghujung, hujan dekat luar teramatlah lebat & siap guruh dentam dentum lagi. By ajak p pasar malam lepas balik keje ni,harap jadi lah singgahnya yerrr,sbb sy dah set dalam kepala malam nie tak payah masak untuk dinner.yehaaaaaaaa

ok semua hati-hati dijalanraya okeh,jalan licin,sempat lagi updated gataiii jap blum tutup pc..oke samapai ketemu...tadaaaaaaaaaaa

penangan ombak rindu



Hafiz & Adira - Ombak Rindu Lirik [HD/HQ] (OST Ombak Rindu)



ps: By jom kita g tengok