Thursday, 29 December 2011

sudah tertulis dan saya pasrah

assalamualaaikum..

Hari khamis yang penuh tanda tanya dalam hidup saya, banyak persoalan yang bermain dikepala harini. banyak jugak khabar angin yang macam tentang perkhidmatan kerja kami. sampai saya pun dah tak larat nak amik kesah. peristiwa tahun lepas membuatkan saya rasa biarlah apa yang mendatang saya terima dengan redha,kalu bukan rezeki saya yang ditulis DIA saya harus akur dan saya harus melebarkan lagi tekad dan usaha. sesungguhan saya tidak akan lalai dalam setiap apa yang bakal dilalui.

Dan saya juga masih menunggu untuk panggilan  temuduga ke 2 haritu ,walau saya tahu hakikat yang sebenar tapi saya mahu tahu dari mulut majikan itu sendiri. sebab keyakinan dia membuat saya menunggu & berharap.walau hari ini saya tetap telepon company itu tapi esok saya harus hubungi lagi sekurang-kurangnya saya tahu yang sebenarnya.

4 comments:

ila said...

sabar ye chiko =)

CHIKOMUSTAPHA said...

thanks ila

Wan Zuraida said...

chik, ada apa brt stakat ni?

CHIKOMUSTAPHA said...

wan tak paham?brt tu aper.hikhik