assalamualaikum
Jumaat yang penuh keberkatan & minggu ni jugak kita bakal berhujung minggu yang panjang sempena perayaan Hari Natal. bila dah dipenghujung tahun ni semua orang mesti duk semak wishlist @ perancangan tahun nie yang belum tercapaikan dan saya dah buat semakan ,nampaknya ada beberapa benda gaks yang tak terlaksana tapi tak per akan di 'forward' untuk misi tahun depan.dan harapannya bila dah di 'forward' ni saya kene gigihkan usaha lagi dengan harapan tak der yang ter 'forward' untuk tahun seterusnya plak.hikhikhik.
Actually yang saya nak cerita sangat arini adalah pasal kawan baik,semua orang mesti ada kawan baik masing-masing kan.tempat simpan rahsia, tempat nak nangis-nangis,nak gelak besar,nak cerita benda yang karut-marut,nak cerita kisah kita jatuh cinta, even tempat nak ngadu 'awk perut saya buat hal lagi la,nak berak susah' mihahaahaha. tapi dengan jujur saya cakap lepas pemergian arwah kawan baik saya,saya tak pernah ada org lain mampu menggantikan dia. Iaitu arwah Akmal Idayu. dah 2 thn lebih dia pergi tapi setiap kenangan masih ada dalam kotak memori hidup saya.
boleh dikatakan saya tak pernah berahsia apa pun dengan arwah,kami kenal dari form 2 masa tu kami 1 kelas sampai lah dia dapat tawaran ke sekolah lain masa form 4 and kami berpisah. walau dah tak 1sekolah kami masih lagi berhubung. tapi bila dah di universiti kami bersatu kembali walaupun berlainan kursus & kami jugak bukan roomate tapi bilik dia adalah tempat wajib untuk saya pergi merayap, melantak & bergosip.wink wink. bukan pegi study idop, hikhik.lain course mcmana nak study sama.alasan.kahkahkah.
bila dah habis belajar saya merantau ke KL,tapi masa tu arwah masih sambung belajar but kami still berhubung.tepon itu harus & msg lg lah wajib ada jer benda yang nak ceritakan. even nak bgtau 'awk,hari ini budak tu msg saya.waaaa suka2' tapi itu semua dah kenangan.saya dah tak der dia untuk bercerita macam tu. even sekarang ada suami tempat bercakap n berkongsi suka duka tapi saya rindu dengan gelak tawa n senyum kawan baik say, bukan kami tak pernah bergaduh @ selisih faham sentiasa ada tapi dia kawan baik saya macammana end ups setiap hubungan kami kami still baik-baik.arwah jugak org yang tahu kisah cinta kami suami isteri. sesungguhnya saya rindu dia sangat-sangat. setiap kali balik kg n lalu depan kampung arwah saya mesti sedekah Al-Fatihah buat arwah,tu jer hadiah yang mampu saya iring sebagai hadiah persahabatan kami.
Dua bulan terakhir sebelum pemergiannya, kami ada keluar jalan-jalan sama2 & nie1st time saya bawak kete n saya pick up arwah depan simpang umah arwah. Arwah ngadu yang dia selalu sangat sakit-sakit urut sekarang ni dan dah tak boleh makan yang makanan sejuk-sejuk.sebab akan rasa lemah.masa besday saya pun dia macam biasa akan wish besday tapi bukan 1 msg saya dapat dipagi-pagi hari itu tapi dua yang sehingga kini saya masih simpan. bila arwah masuk wad, arwah langsung tak bagitau saya,saya tahu pun dari abg arwah. alasan arwah bagi dia tak mau saya risau lagipun saya baru masuk kerja & dia sihat-sihat jer.sehari sebelum saya balik untuk melawat dia dekat hospital,saya dapat telepon dari adik arwah yang mengatakan arwah tenat & koma tapi saya balik gak kg berada disebelahnya yang koma saya harap dia tahu saya datang,saya sentuh dia dan saya cakap 'saya balik ayu,dan awk mesti kuat sbb saya tunggu awk' bacakan yasin untuknya tapi ada satu sms yang sangat menyentuh hati saya yang dia hantar masa dia kat hospital yang sebelumnya saya tak tahu pun dia di hospital(sebelum abg dia bgtau yang ayu masuk hospital)
'bila awk nak balik,saya rindu la'
percaya atau tidak,sms tu adalah pengubat rindu saya selain gambar saya bersama arwah ketika kami di tingkatan 3. saya terkilan tak sempat cakap ngan arwah sebelum arwah pergi tapi saya redha sebab saya tahu Allah sayangkan arwah & dia bahagia disana.untuk awk ayu
ayu saya rindu awk.saya dah kahwin dengan budak yang takut nak luah
perasaan kat saya tu.budak yang kata dia tunggu saya banyak tahun tapi tanpa
beri apa-apa hint.kahkahkah. budak yang selalu jadikan awak tempat dia bercerita pasal saya.hihihi.kami bahagia ayu tapi kami belum ada junior kami.Allah bagi kami honeymoon dulu kot nie.
saya still tak dapat kerja tetap lagi,dulu saya kat kl lepas dlm 2 minggu awk tinggalkan saya,saya dapat kerja balik kerja kelantan n saya balik untuk dekat ngan mama saya.sekarang saya kat KL plak dpt offer keje cni tp hujung bulan nie kontrak dah habis n saya akan jadi job hunter lagi.ayu,mama saya dah nak pencen tahun depan tinggal 1 bln lg.
banyaknya saya nak cakap kat awk nanti awk datang lagi dalam mimpi saya ok.tapi kalu saya tak cerita pun saya tahu awak mesti tahu kisah saya kan sbb awk KAWAN BAIK SAYA SELAMANYA.
AL-FATIHAH BUAT ARWAH KAWAN BAIKKU
AKMAL IDAYU.

2 comments:
org x sempat jumpe ayu. Allah lebih sayangkan ayu. T_T
saya balik jumpa ayu pun masa tu dia dah koma wan...terkilan sangat xblik awl...tp dlm 3 hari blum dia koma kot saya ada ckp ngan dia kat tepon tp xsempat lama sangat sbb dia pakai oksigen
Post a Comment