Thursday, 15 September 2011

Jangan sesekali kamu

assalamualaikum

Jangan sesekali kamu bersikap kejam memberikan harapan pada seseorang itu lalu dia jatuh cinta sedangkan diri kamu tidak mencintainya.


Jangan sesekali kamu hadir dalam hidup seseorang kalau ia hanya kamu rasakan akan menghancurkan perasaanya.


Jangan sesekali kamu menatap tepat di matanya jika semua yang kamu lakukan hanya kepalsuan belaka.


Jangan sesekali kamu mengambil berat ke atas dirinya terlalu berlebihan hanya kerana sekadar simpati kelak bimbang dirinya menaruh hati padamu.


Jangan sesekali diri kamu mengatakan "aku cinta padamu" sedangkan di dalam hatimu hanya nafsu yang bertakhta.


Jangan  sesekali kamu tertarik pada seseorang kerana paras rupanya, sebab keelokan paras dapat menyesatkan kita.


Jangan sesekali kamu tertarik pada kekayaannya, kerana segala kekayaan akan lenyap dan musnah.


Tertariklah pada seseorang yang beriman dan beramal soleh dan ia dapat membuatmu tersenyum. Hanya senyuman ikhlas hadir dari orang beriman yang dapat memberi hari-harimu yang gelap menjadi cerah.


Hati orang yang soleh itu mudah dan senang untuk menerima cahaya dari Ilahi, kerana mereka sentiasa takut akan azab Allah dan cinta kepada Allah...

Namun..

Hati orang yang berdosa itu susah dan payah untuk menerima cahaya dari Ilahi, kerana mereka sentiasa gembira dengan nikmat dunia dan lupa pada-NYA...



- Petikan dr Artikel iluvislam.com

Wednesday, 10 August 2011

terima kasih penaja

assalamualaikum & selamat sejahtera

dah seminggu balik baru nak bercerita, kali nie kita cerita pasal honeymoon ke-2 kami, tak jauh pun kami pergi dalam malaysia gak..perjalanan mengambil masa lebih kurang 1 jam, kami bertolak kedestinasi yang dituju lepas jer waktu keje,jimat masa tak payah nak amiek cuti. 
sepanjang perjalanan jalan agak sesak mybe sbb weekends esok nya n org ramai nak balik kg kot. by bwk perlahan jerr sebab petang kata nya ngantuk.

aku sebagai co-pilot dilantik untuk baca signboard,sajer jer xbg shaye rehat.hikhik
as a co-pilot yang sangat berjaya shaye berjaya memberi arahan yang tepat n kami sampai ke destinasi yang dituju Port Dikcson, memandang hari dah beransur gelap kami 
bergerak terus menuju ke Hotel yg ditaja
mak cik dah sampai..yehaaaaaaaaaaa

lepas park kete kami terus ke kaunter utk check in,masa tu kwan by dah tunggu kat lobi hotel.dia sampai awl lg dah siap mandi pool n mandi pantai ngan anak2 dia.lepas tu kami terus gerak cari blik kami...

pict from google


.fuhhhh suka2 tp unlike dia punya lantai,naper laa mozek dia kasar n petak2 besar.masuk toilet dia sangat cantik, by plak senyum jer tgk toilet suka la tu sbb ada air panas (darak laki i,muaahahaha ampun by  ).

dah mandi semua kami turun ke lobi sbb razman n kak siti family's dah tunggu kat lobby...vrommmmmmmmmmm kami pergi makn(pics makan xder,lupa amek sbb dah lapa sangat) 
ok jom kita layan gambar sepanjang disana tp xbanyak la,bleh la buat kenangan :)
view dr blik kami




verangan eks che abg shayang

luv this pic





opsss hampir lupa percutian kami sebenarnya atas tajaan company by, atas tiket hari keluarga. 4 family jer yang pegi sbb staff lain dah bwk melancong ke korea..semua bawak anak kami jer berdua, insyallah ada rezeki kami bawak junior kami on next holidays

ps:// arini dah puasa ke 9,lets thinks menu nak masak plak

Wednesday, 3 August 2011

cubaan 1...2...3

ASSALAMUALAIKUM SEMUA
salam siaran :)
cubaan utk membuka lembaran baru dalam penulisan
dulu pernah lah menulis tp dah lama abaikan sampaikan 
password blog yg dulu pun udah lupa