Friday, 11 November 2011

kisah cerita 111111

assalamualaikum

harus update jugak pada tarikh istimewa nehh sbb ada cerita sebalik nya
semua bermula dari panggilan tepon ptg semalam odw blik keje dlam kul 6 ptg..
agak lewat oke...sy dpt panggilan kerja dari 1 company yang mintak sy hadir interview untuk harini

adusss punya lah antara dua,cuti dah amik 2 hari sempena raya,semalam baru masuk ofis tak kan arini nak cuti plop...bincang punya bincang sy amek keputusan utk pergi..memikirkan utk kerjaya yang lebih baik,yang sekarang bkn tak ok tp sy perlukan persekitaran yang sedikit memcabar.

macam biasa debaran still ada walau dah banyak temuduga dah sy tempuhi sepanjang begelar graduan nehh..ecehhh ayat skema xhengat..isi form n arini siap dengan ada assesment lg.buat easy & kira-kira & ujian personaliti..tang easy mcm nak kecundang pun ada,lama ooooh tak mengarang naik pusing otak pk nak buat ayat n pk penyambung ayat lg muhahhaha naik keras otak jd walau apa pun  easy ku siap gak tanpa kesimpulan..wawawawa

lepas tu kami kene interview plak,masuk siap bertiga mcm biasa introduce diri n cakap -cakap tp sangat lama oke di ulangi sangat lama 1jam ...sy dah bosan masa tu,bleh tak?bosan masa interview,emmmmmm sedikit sewel :)) oke itu ajar anda semua boleh keluar...senyum n bangun n bukak pintu  lompat2 dah habis debaran

lepas by amek ktorang p mkan tengahari sama-sama yehaaaaaaaaaaaaaa sy suka sbb bukan senang nak  lunch sama-sama bila mana itu hari bekerja :)  ...oke by pun dah blik ofis n it's time for me rehatkan mata



 interview td kita just tunggu deringan tepon kalu dapat, rezeki la tu kalu tak kita cari lg..n sesungguhnya diri ini tidak pernah putus asa utk melalui nya lg.rezeki DIA luas cuma perlu bijak untuk mengolahkannya

Thursday, 10 November 2011

pretty thursday

assalamualaikum

after  5 days, i'm back to office again..alhamdulillah masih diberikan kesempatan. kembali kepada rutin harian mencari rezeki di bumiNYA. menyiapkan segala kerja-kerja yang tertangguh & menunggu.. ok let starts,sampai ketemu lagi

Wednesday, 9 November 2011

11 jam perjalanan

assalamualaikum

alhamdulillah akhirnya kami selamat sampai jam 230 pg td,perjalanan mengambil masa lebih kurang 11jam.kami bertolak agak lewat semalam,konon nya utk mengelakkan jem + paham jer lah kalu nak blik KL sedikit bercinta nak mengemas barang. jiwa homesick masih ada dalam diri walau dah kahwin,air mata tetap mengalir tiap kali salam & cium mama.huhuhu.

perjalanan kami pada mulanya lancar seawal 1 jam perjalanan tapi masuk jer machang - k.krai kami dah mula perlahan,rasa macam nak jln keluar pun ada ditambah dengan 2jam selepas tu hujan pulak turun.memandangkan keadaan jalan yang agak sesak kami berhenti solat di Masjid Keroh masa tu hujan dah makin lebat

selesai solat kami meneruskan perjalanan kami,ditambah keadaan jalan yang agak licin & kereta yang banyak kami bergerak agak perlahan-lahan,sampai di Pahi kami terkandas lagi kereta langsung xbergerak...bercinta la lg kami disitu kalu tak kerana my shayang ada meeting on thurdays mau ajerr ajak pusing blik umah lg.namun perjalanan diteruskan,kami sampai di Gua Musang tepat jam 730,berhenti solat magrib n jamak isyak  dan perjalanan diteruskan lg. alhamdulliah trafik kembali selesa walau kenderaan banyak dijalan raya.

kami mengambil jalan alternatif melalui Mempaga memandang jumlah kenderaan yang agak banyak ketika melalui laluan Raub-Bentong...keadaan jalan agak gelap n my shayang memandu dengan agak berhati-hati..baru 1/2 jam perjalanan melalui mempaga kami terserempak dengan kereta melanggar lembu,teruk gak keadaan kereta nya dan lembu yg dilanggar masih belum di alihkan.

akhirnya dengan segala kekuatan yang ada pada driver :)) kami sampai jam 230 pagi,angkat barang-barang semua n siapkan diri terus terbungkam semuanya dan kesudahannya arini kami lewat bangun

by: syg bgn dah kul 7, nak g keje tak?
syg: by pening la,xmo p xperkan
by: ikut sayang lah,by xkisah
syg: oke syg bangun buat breakfast n bekal by eks,sambil tu leh kemas-kemas umah arini

muhhahahahah bila dah dapat permission xkisah xnak p pun terus segar n xfening-fening...pelik mintak permission husband xnak p keje macam la my shayang yg bag gaji suka ati jer aku nieee.



Friday, 4 November 2011

raya korban

assalamualaikum
emmmm arini hati sudah di kampung walau jasad masih beku dengan kesejukan aircond di ofis
malam ni kami ber 4 akan bergerak balik ke kampung halaman...doakan perjalanan kami selamat yerk
ok la selamat hari raya aidiladha buat semua n selamat mengerjakan hajii buat semua jemaah malaysia.

ps:// jgn makan daging banyak sangat yerks, nanti penyakit datang

Thursday, 3 November 2011

9 bulan

Assalamualaikum n selamat sejahtera

Bila pagi nie jenguk Blog punya ticket, rupanya arini dah cukup 9 bulan usia perkahwinan kami Rasa baru semalam kami disatukan,masih terngiang- ngiang  suara by  melafazkan akad. Saat lafaz disebut tiada kata mampu diucap selain syukur ke hadrat-NYA majlis kami berjalan dengan lancar. 

Walau usia percintaan agak singkat tapi aku percaya akan konsep cinta selepas
kahwin lagi manis untuk di jalani & ditempuhi sebab ia lagi diberkati. 
Tiada pengharapan aku harapkan agar hubungan suci kami berkekalan
hingga ke akhir hayat n dikurniakan zuriat yang soleh & solehah 
happy together (",) muah muahhh

Wednesday, 2 November 2011

persimpangn hiduP

Kehidupan yang baru bermula
langkah yang baru aku jalani,
menyusuri derai & duri demi sebuah pengertian hidup
yang mampu diberi
teleku aku dipersimpangan memilih antara liku & cabaran
mana mungkin diri ini bisa menggadai realiti demi 1 kehidupan yang lebih bermakna
liku & cabaran memerlukan implikasi makna & kekuatan
setiap liku perjalanan itu harus penuh dengan keimanan agar tembok yang bakal dilayari kelak tegar dan teguh untuk bangkit dan berhalusinasi dalam realiti

Di sudut cabaran kekuatan hati & minda perlu tegar
agar setiap yang mendatang digapai dan di sambut dengan penuh keikhlasan & ketenangan

shaye rindu saat ini

Monday, 31 October 2011

............diaLOG rabu

by        : sayang b busy dalam minggu nie sbb kita nak blik raya  n after raya by ada meeting plaks so sowi kalu xdapat layan msg
sayang :  ok by tp jgn lupa mkn k,,,i'm gone miss him( ecehecehhh dlm hati jess ckp,nanti kembang pak thambi tu)

bila suami tersayang bgtau ayat tu shaye tau dia mmg amat cbuk,n at the same time dia akan kurang mkn dengan alasan tak sempat nak kuar p mkn..so sebagai isteri yg sgt cute, shaye dengan rela hati bangun dipagi harinye menyiapkan sarapan n bekalan buat si suami sebagai bekalan...n siap belikan kueh lg sebagai bekalan tambahan....shayae mau dia selalu igt shaye walau sesibuk mana pun dia.atleast in the time dia berenti dari keje utk mkan dia kan igt shye sbb ape yg dia mkn isteri dia yang cute yang masak
emmmmm and now  i'm thinking about lunch box for him,hakakak but with what character toons of lunch box?







lg 2 hari kami akan pulang ke kampung halaman,pulang kedakapan bonda melepaskan lelah mencari rezeki dikota,mencari ketenangan kehijauan kampung lari dari hiruk pikuk kehidupan dikota n insyallah oneday we will stay at kg after segala harta mencukupi..ameen

Wednesday, 26 October 2011

peringatan hidup





sedarkan aku tika aku jauh dari pedoman hidupku
tariklah aku jika aku jauh menyasar dari noktah jalanmu
kemudikan aku ke jalan lurus mu tika aku sukar memilih diantara persimpangan

Tuesday, 25 October 2011

love my mama

kasih ibu yang tiada hujungnya....
sentiasa memikirkan yang terbaik buat anak-anaknya,
tiada istilah penat, letih n jemu dalam penjagaannya,
biar hati dirundung duka namun hati anak sentiasa digembirakan,
walau tangis dalam penghidupan huluran kemanisan buat anak-anak tetap dituturkan,

baginya kehidupan yang sempurna buat anak-anak adalah satu kepuasan
dalam tanggungjawabnya
biar sesusah mana pun peluh keringat yang mengalir hati ibu tidak 
pernah busuk untuk anak-anaknya
tangan tua tidak pernah bosan membelai tubuh permata hatinya
mulut mungil tidak pernak lekang akan doa buat anak-anaknya,

buat mama walau sejauh mana jarak memisahkan kita,
walau sesibuk mana pun perjalanan kehidupan ku,
namun setiap rona dan tutur katamu  sentiasa ada dihatiku,
kerna engkau lah kekuatan ku dalam merentasi penghidupanku.


sumber google